My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 17 November 2017

    Russia Dihalang Sertai Olimpik Musim Sejuk



    Russia semakin hampir dihalang daripada menyertai Sukan Olimpik Musim Sejuk Februari depan apabila Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) menolak rayuan penggantungan badan antidoping Russia (RUSADA). 

    WADA mengekalkan penggantungan RUSADA yang kali pertama dikenakan pada 2015 apabila memperoleh bukti mengenai skandal penipuan doping mereka.

    Keputusan WADA diperoleh sebelum mesyuarat lembaga eksekutif Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) bulan depan untuk menimbang sama ada Russia boleh bertanding pada Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang, Korea Selatan.

    Laporan McLaren menyatakan dengan terperinci mengenai konspirasi doping yang dilakukan kerajaan negara itu dari 2011 hingga 2015, termasuklah ketika Olimpik Musim Sejuk di Sochi, Russia, yang mana tuan rumah mendahului senarai pungutan pingat.

    “Kami tidak mempunyai hak untuk memutuskan siapa yang boleh mengambil bahagian dalam kejohanan antarabangsa,” kata Presiden WADA, Craig Reedie.

    “Penganjur utama mempunyai hak itu. Dukacita kami memaklumkan RUSADA belum mematuhi (apa yang dimahukan). Secara teknikalnya, mereka sudah banyak melakukan perubahan sejak digantung.”

    IOC ketika mendapat tahu keputusan WADA berkata: “akan mengambil maklum mengenai semua perkara, termasuklah semua langkah untuk memastikan saingan yang adil di Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018, mengambil kira itu bagi membuat keputusan penyertaan atlet Russia di Pyeongchang”. 

    Kerajaan Russia pula menyatakan keputusan mengekalkan penggantungan Russia sebagai “tidak adil”. “Ini berita yang kurang menyenangkan,” kata jurucakap Presiden Russia Vladimir Putin, Dmitry Peskov kepada wartawan.

    “Kami tidak bersetuju dengan keputusan ini, kami percaya ia tidak adil. Kami mengecam dan akan terus mengecam, mengenai dakwaan kes doping ini didalangi kerajaan,” kata Peskov.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Russia Dihalang Sertai Olimpik Musim Sejuk Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top