ITALI meratap kedukaan, Sweden pula menangis gembira. Dua drama yang menggambarkan kegagalan Itali mara ke Piala Dunia Rusia 2018 buat kali pertama dalam tempoh 60 tahun. Kegagalan itu digambarkan sebagai ‘Hari Kiamat’ oleh akhbar-akhbar nasional di negara tersebut.
Akhbar Il Corriere dello Sport dengan tajuk ‘Everybody fired!’ menyifatkan kegagalan Itali sebagai tragedi, malapetaka, kiamat dan katakan apa sahaja yang anda mahukan.
“Bola sepak kami dalam krisis serius, kami ibarat tersingkir ke kancah liga Serie B. Giampiero Ventura harus dipecat tetapi bukan hanya dia seorang,” tegas Il Corriere dello Sport.
Sweden mara ke pentas Piala Dunia setelah menang dengan agregat 1-0 setelah kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada aksi playoff kedua di Stadium San Siro, Milan awal pagi semalam.
0 comments:
Post a Comment