Monday, 13 November 2017

30 Pekerja Kontrak China Serang Pasukan Polis



SEKUMPULAN tujuh anggota polis menempuh detik cemas selepas diserang lebih 30 lelaki warga China ketika cuba memeriksa sebuah rumah kongsi yang disyaki menjalankan kegiatan judi di Jalan Abraham Off Jalan Khoo Teik Ee di Kuala Lumpur malam kelmarin. 

Dalam kejadian pada pukul 10.37 malam itu, pasukan dari Balai Tun H.S. Lee tersebut terpaksa melepaskan empat das tembakan ke udara bagi mengawal keadaan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah (gambar kecil) berkata, sekumpulan 30 pekerja kontrak China itu cuba menyerang selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa.

“Tembakan dilepaskan sebagai tanda amaran dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut,” katanya.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: 30 Pekerja Kontrak China Serang Pasukan Polis Rating: 5 Reviewed By: JMK