My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 22 November 2017

    Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia Ke-12 Bermula



    Majlis Perundingan Tahunan Malaysia-Indonesia ke-12 bermula di sini hari ini dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Indonesia Joko Widodo mengetuai delegasi negara masing-masing. 

    Kedua-dua pemimpin itu terlebih dahulu menghadiri Mesyuarat Terhad kira-kira 10.35 pagi. Najib dan Joko atau lebih mesra dengan panggilan Jokowi, selepas itu langsung menghadiri Mesyuarat Delegasi Malaysia-Indonesia.

    Najib dan Jokowi dijadual mengeluarkan kenyataan bersama selepas perundingan itu. Beberapa orang menteri menyertai perundingan bersama itu termasuk dari Malaysia Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia Ke-12 Bermula Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top