My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 10 November 2017

    MCA Tidak Pilih Idealogi Politik Dalam Hulurkan Sumbangan



    Banjir besar yang melanda Pulau Pinang rupanya memberi hikmahnya yang tersendiri. Manakan tidak, selama beberapa tahun kebelakangan ini, kita menyaksikan ketegangan yang wujud dalam arena politik Malaysia yang menyaksikan pertembungan pihak kerajaan dengan Pakatan Harapan dalam apa jua medium. 

    Namun begitu, sebaik sahaja banjir melanda, kerajaan tanpa memperdulikan apa jua fitnah dan hentaman yang dibuat oleh DAP Pulau Pinang, tampil membantu Pulau Pinang. Malah, kerajaan juga sudi menghulurkan bantuan segera sebanyak RM 1 bilion kepada kerajaan negeri bagi membaik pulih sistem saliran dan benteng penghalang banjir di seluruh Pulau Pinang.

    Bagi kalangan parti komponen pula, MCA dan Gerakan tampil menghulurkan bantuan awal kepada mereka yang terjejas. Malah, pada rombongan awal Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ke Pulau Pinang baru-baru ini, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai turut serta untuk meninjau keadaan semasa di negeri berkenaan.

    Memetik kata-kata Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong, parti berkenaan mengenepikan sementara perbezaan fahaman politik dan bersedia menghulurkan bantuan kepada penduduk yang teruk terjejas. Malah, Pergerakan Pemuda MCA juga digerakkan bagi menghulurkan bantuan segera.

    Memang benar, Pulau Pinang hari ini ditadbir oleh kerajaan pembangkang namun setiap nyawa yang ada di Pulau Pinang juga merupakan rakyat Malaysia. Sebagai sebuah parti komponen utama Barisan Nasional yang membentuk kerajaan hari ini, sudah menjadi tanggungjawab buat MCA menghulurkan bantuan tanpa mengenal erti perbezaan idealogi politik.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: MCA Tidak Pilih Idealogi Politik Dalam Hulurkan Sumbangan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top