My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 17 November 2017

    5,000 Unit Sudah Ditempah



    Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menerima 5,000 tempahan dalam tempoh tujuh hari untuk model serba baru Myvi dengan varian 1.5 liter menjadi pilihan popular dalam kalangan pembeli.

    Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Dr Aminar Rashid Salleh berkata, pihaknya berbesar hati dengan maklum balas yang diterima dalam kalangan pelanggan walaupun mereka belum melihat rupa dan rekaan sebenar kereta berkenaan.

    “Model terbaru Myvi ini mendapat maklum balas yang positif dalam kalangan penggemar kereta dan kami juga ingin menekankan bahawa rekaannya adalah 100 peratus idea tempatan.

    “Kami bukan pengeluar semula kereta jenama lain (rebadge) dan model baru Myvi ini adalah idea asal pereka kami. Jika ia dilihat seakan-akan model jenama lain, ia hanya kebetulan,” katanya pada sidang media sempena pelancaran model serba baru Myvi di sini, semalam.

    Ia dilancarkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed. Menurutnya, kira-kira 78 peratus tempahan yang diterima adalah untuk varian 1.5 liter dengan warna kelabu mendapat tempahan paling tinggi.

    “Kami juga ingin memaklumkan bahawa model Myvi ini turut mendapat pengiktirafan lima bintang untuk Program Penilaian Kereta Baru (NCAP) ASEAN. Dengan dilengkapi enam beg udara untuk varian 1.5 liter dan empat beg udara (1.3 liter), kami yakin model ini memberi kepuasan kepada pengguna terutama dengan teknologi Bantuan Pemanduan Selamat (ASA),” katanya.

    Aminar berkata, pelanggan yang menempah kenderaan berkenaan dijangka mendapat unit masing-masing secara berperingkat mulai hari ini. “Ketika prapelancaran minggu lalu, kami meletakkan sasaran jualan sebanyak 6,000 unit dan sehingga hari ini, 5,000 tempahan sudah diterima.

    “Kami yakin dapat membuat penghantaran untuk semua tempahan ini sebelum akhir tahun. Malah, kami juga menjangkakan untuk mengeluarkan antara 75,000 dan 80,000 unit setahun bagi model Myvi ini,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 5,000 Unit Sudah Ditempah Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top