My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 12 November 2017

    Lubang Misteri Ditemui Di Kudat



    Sebuah lubang misteri yang terdapat pada sebatang jalan di Kampung Rampai, Sikuati di sini kelmarin menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penduduk sekitar kampung tersebut. 

    Lebih memeranjatkan, lubang itu dikatakan terbentuk selepas berlakunya satu kejadian cahaya terang seakan-akan objek terbang tidak dikenali (UFO) di ruang udara dalam keadaan condong menghala ke arah permukaan tanah pada kira-kira pukul 2 pagi.

    Penduduk kampung yang menggunakan jalan pada keesokan harinya cuba untuk memeriksa kedalaman lubang yang seolah-olah seperti digerudi itu menggunakan kayu namun tidak menemui sebarang perkara pelik.

    Saksi kejadian, John Ukong, 47, yang sedang berada di pekarangan rumahnya mendakwa ternampak cahaya terang di ruang udara sebelum ia menjunam ke dalam tanah.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Lubang Misteri Ditemui Di Kudat Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top