My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 17 November 2017

    Penumpang Ditinggal Bas Mengamuk, Tikam Pemandu


    Seorang pemandu bas cedera ditikam penumpang yang dipercayai berang setelah ditinggalkan kenderaan awam itu di Stesen Bas Shahab Perdana di Alor Setar, Kedah sebelum meneruskan perjalanan ke Stesen Bas Ekspres di Jalan Bukit Lagi di sini, semalam. 

    Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, dalam kejadian pukul 11.02 pagi itu, suspek dikatakan turun dari bas untuk ke tandas semasa ia berhenti di Stesen Bas Shahab Perdana, namun setelah kembali dia mendapati kenderaan itu telah bertolak ke Kangar.

    "Kemudian suspek bertindak marah di kaunter bas sebelum menyewa sebuah teksi untuk ke Kangar," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

    Beliau berkata, sebaik tiba di stesen bas Kangar, suspek meluru masuk ke dalam bas yang dipandu oleh mangsa berumur 33 tahun, melalui pintu hadapan dan terus menikam mangsa di bahagian bahu kiri.

    "Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tengku Fauziah untuk mendapatkan rawatan sebelum dibenarkan pulang, setelah doktor mengesahkan tiada kecederaan serius selain mengalami luka tikaman sedalam tiga sentimeter," katanya.

    Susulan kejadian itu katanya, polis merampas sebilah pisau, sehelai kemeja-T berkolar warna hijau serta satu beg pakaian, manakala polis masih mengesan suspek yang sudah dikenal pasti.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Penumpang Ditinggal Bas Mengamuk, Tikam Pemandu Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top