My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 10 November 2017

    Suarez Duta Pakej Pelancongan Malaysia



    TOURISM Malaysia memuktamadkan kerjasama selama setahun dengan bintang bertaraf dunia dan penyerang kelab Barcelona, Luis Suarez bagi mempromosikan pakej pelancongan kepada pemain bola sepak bertaraf dunia pada masa depan. 

    Dengan perjanjian kerjasama yang dimuktamadkan hari ini, Tourism Malaysia berharap ia mampu mempromosikan destinasi pelancongan menarik di Malaysia kepada bintang bola sepak dari seluruh dunia.

    Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dalam kenyataannya berkata: “Kami teruja untuk bekerjasama dengan Suarez yang sudah membuktikan keupayaannya bukan hanya menjadi antara bintang ternama bola sepak dunia, malah dihormati dalam kalangan pemimpin komuniti.

    “Sebagai seorang yang dianggap hero oleh golongan millenia, Suarez boleh memberikan inspirasi kepada ramai orang dan kami berharap ia akan membuka mata dan menarik perhatian umum bahawa Malaysia adalah salah satu destinasi pelancongan tropika menarik untuk dijelajahi dan diterokai.” 

    Kerjasama selama setahun itu adalah sebahagian daripada rancangan pemasaran dan promosi Tourism Malaysia untuk meningkatkan usaha menarik pelancong asing menjadikan Malaysia destinasi pelancongan dari pasaran antarabangsa.

    Suarez yang membantu Barcelona menang dua gelaran La Liga dan Liga Juara-Juara serta dijangka memimpin pasukan kebangsaan Uruguay di Piala Dunia tahun depan pula melahirkan rasa gembira dapat bekerjasama dengan Tourism Malaysia untuk mempromosikan kepelbagaian budaya dan keindahan alam semula jadi negara ini.

    “Ini adalah penghormatan dan keistimewaan untuk dapat bekerjasama dengan Malaysia, sebuah negara yang mempunyai pelbagai budaya, pantai yang indah, dan resort bertaraf dunia sesuai untuk semua peringkat umur.

    “Saya amat teruja dan melihat untuk memulakan perjalanan untuk memperkenalkan negara eksotik ini kepada dunia, terutamanya budaya yang kaya dengan warisan kepada semua peminat saya dan menjadikan mereka peminat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

    Sementara itu, Pengarah Urusan Mediapro Asia, Lars Heidenreich dalam satu kenyataan berkata: “La Liga dan Tourism Malaysia sudah lama bekerjasama dengan menjadi Malaysia sebagai destinasi pelancongan rasmi La Liga di Asia.

    “Kerjasama ini akan meningkatkan lagi pengiktirafan bahawa Suarez adalah bintang bola sepak bertaraf dunia.

    "Bintang Barcelona berkenaan sememangnya menjadi kegilaan dan amat popular dalam kalangan peminat sukan bola sepak di rantau Asia dan kami yakin penjenamaan dan kehadiran Suarez mampu menarik lebih ramai pelancong asing untuk memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan mereka dan merasai pengalaman yang ditawarkan menerusi program Malaysia Truly Asia,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Suarez Duta Pakej Pelancongan Malaysia Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top