My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 15 November 2017

    21,188 Anggota Keselamatan Siap Siaga Hadapi Banjir Di Sarawak



    Seramai 21,188 anggota pasukan keselamatan di Sarawak kini diletakkan dalam keadaan siap siaga sebagai persiapan menghadapi kemungkinan banjir berikutan ketibaan musim monsun timur laut yang bermula semalam hingga Mac tahun depan.

    Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, jumlah pegawai dan anggota pasukan keselamatan yang ditugaskan kali ini ditingkatkan berbanding 17,097 petugas tahun lalu. 

    Menurutnya, daripada jumlah petugas itu, seramai 7,192 dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 5,000 (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia), 3,281 (Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia), 2,469 (Polis Diraja Malaysia), 1,089 (Jabatan Sukarelawan Malaysia), 1,087 (Jabatan Kebajikan Masyarakat) dan 1,070 (Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak).

    "Kita turut meletakkan kesemua aset iaitu lima helikopter, 197 lori, 325 kenderaan pacuan empat roda, 280 bot dan 50 ambulans milik pelbagai jabatan dan agensi dalam keadaan bersiap sedia. 

    "Jabatan Kebajikan Masyarakat juga telah membuat persediaan untuk membuka 610 pusat pemindahan, manakala 165 pembekal logistik dilantik bagi memberikan perkhidmatan pembekalan di 12 buah pangkalan hadapan di Kuching, Kota Samarahan dan Miri," katanya ketika sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri di Wisma Bapa Malaysia di sini semalam.

    Mengulas lanjut, Douglas memberitahu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan berterusan selama tiga hari semasa musim monsun timur laut ini boleh mengakibatkan banjir. Malah katanya, sekiranya hujan lebat berlaku serentak dengan kejadian air pasang, risiko keadaan banjir akan menjadi lebih buruk.

    "Sehubungan itu, semua Residen telah diarahkan untuk mengaktifkan bilik gerakan banjir di kawasan masing-masing pada bila-bila masa sahaja," ujarnya lagi. Sambil menambah, cuti para petugas di bawah JPBNS juga dibekukan berkuat kuasa serta merta hari ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 21,188 Anggota Keselamatan Siap Siaga Hadapi Banjir Di Sarawak Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top