My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 22 November 2017

    Rafflesia Mekar Di Keningau



    Sekumpulan penyelidik Jawatankuasa Pelancongan Daerah Keningau dan Tahun Melawat Keningau 2018 menemukan bunga Rafflesia sedang mekar di kawasan hutan Batu Minitinduk, berhampiran Gua Laing Bingkor Keningau, di sini hari ini.

    Ketua penyelidik jawatankuasa itu Rafie Robert berkata Rafflesia itu daripada spesies ‘Keithi’, mempunyai ukuran garis pusat kira-kira satu meter. Minitinduk terletak kira-kira 45 minit perjalanan darat dari Sub Station Minitinduk Trails.

    Dalam kenyataan kepada Bernama, Rafie berkata, Rafflesia Keithi merupakan satu daripada tiga spesies yang terdapat di Sabah. Ia tumbuh di kawasan tanah rendah beriklim lembab dan mengambil masa kira-kira sembilan bulan untuk mekar, dan kemudian layu dalam tempoh empat hingga lima hari.

    Bunga ini dinamakan sempena nama bekas konservator hutan di Borneo Utara (kini Sabah), Henry (Harry) George Keith. Rafie menasihatkan orang ramai agar tidak memusnahkan bunga ini jika menemukannya kerana ia menjadi sebahagian daripada tarikan sempena Tahun Melawat Keningau 2018.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Rafflesia Mekar Di Keningau Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top