My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 22 November 2017

    Ah Boys To Men Kembali




    Bagi peminat setia filem dari Singapura, judul rangkaian filem Ah Boys To Men (ABTM) tentunya tidak lagi asing. Terbaru, filem ini diteruskan dengan siri keempatnya, Ah Boys to Men 4 (ABTM4) yang masih mengekalkan watak lama di samping penambahan watak baru. 

    Membariskan bintang hebat antaranya Tosh Chong, Wang Wei Liang, Joshua Tan, Noah Yap dan ramai lagi, ABTM4 yang mula ditayangkan di Singapura sejak 9 November lalu berjaya meraih kutipan RM8 juta (S$2.55 juta) dalam masa seminggu.

    Pengarahnya, Jack Neo memberitahu, banyak cabaran dihadapinya dan kru produksi dalam merealisasikan siri keempat ini. “Antaranya komitmen masa serta cuaca tak menentu. Perbelanjaan asal yang ditetapkan adalah RM7.6 juta (S$2.5 juta), namun dek beberapa perkara ia terpaksa ditambah lagi,” katanya.

    Bercerita lebih lanjut mengenai cuaca, kata Jack ada juga beberapa kekangan yang leceh tetapi hasilnya memuaskan. “Cuaca adalah cabaran terbesar buat kami. Ada beberapa peraturan yang sangat ketat membabitkan kerja ketenteraan.

    “Ada beberapa babak yang memerlukan kami menunggu cuaca yang sesuai kerana mengikut peraturan ketenteraan, ada beberapa rutin yang tidak boleh dilakukan dalam cuaca yang tidak sepatutnya seperti ketika terlalu panas atau terlalu lembap,” katanya.

    Masih mengekalkan nilai persahabatan, ABTM4 mengisahkan Sarjan Ong, Lobang, Aloysius dan Ken Chow yang dipanggil semula untuk menjalani latihan ketenteraan bersama Unit Ketenteraan Singapura (SAF Armour Unit). Walaupun masing-masing sudah punya kehidupan serta kerjaya sendiri, mereka wajib hadir dan menjalani latihan sebagai tentera.

    Tentunya, mereka terpaksa bertungkus-lumus membahagikan masa untuk bekerja dan pada masa sama, menjalani latihan khidmat negara. Sepanjang latihan, pelbagai perkara mencuit hati berlaku malah persahabatan mereka diuji dengan kehadiran beberapa cabaran baru.

    Bukan hanya menampilkan babak aksi ketenteraan tidak terlalu berat, ABTM4 turut menyelitkan humor serta kisah romantik.

    Tampil pegawai wanita

    Menariknya, ABTM sebelum ini menampilkan pelakon lelaki cuba keluar dari kotak selesa mereka apabila menampilkan pegawai wanita lakonan Apple Chan. “Saya ke kem tentera untuk melihat kehidupan serta cara kerja mereka. Di sana, saya dapati ramai juga pegawai wanita bertugas. 

    “Daripada situ, timbul idea menampilkan pegawai wanita sekali gus ada sedikit pembaharuan yang dibawa berbanding filem terdahulu,” katanya.

    Antara pelakon lain membintangi filem ini adalah Maxi Lim, Jaspers Lai, Charlie Goh, Ryan Lian, Ben Logan SNG, Kishan J, Hafiz Aziz, Foo Chay Yeow dan Hanrey Low. Di Malaysia, ABTM4 ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula esok ini dan tentunya produksi filem ini berharap ia mendapat tempat di hati penonton di sini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Ah Boys To Men Kembali Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top