My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 21 November 2017

    Tavecchio Letak Jawatan



    Presiden Persekutuan Bolasepak Itali (FIGC), Carlo Tavecchio meletak jawatan hari ini, seminggu selepas skuad kebangsaan gagal ke pusingan akhir Piala Dunia, lapor media negara itu, sebentar tadi. 

    Presiden Persatuan Pengadil Itali, Marcello Nicchi memberitahu wakil media, Tavecchio meletak jawatan dalam mesyuarat di ibu pejabat FIGC di sini, menurut agensi AGI.

    Tavecchio, 74, berdepan tekanan untuk meletak jawatan selepas skuad kebangsaan mencatat keputusan seri di laman sendiri dengan Sweden yang menyaksikan negara itu gagal ke pusingan akhir Piala Dunia buat pertama kali sejak 1978. Jurulatih pasukan, Gian Piero Ventura dipecat pada Rabu lalu.

    Menerusi satu temu bual, Tavecchio menyalahkan Ventura atas kegagalan pasukan itu ke Piala Dunia 2018. “Masalah yang dihadapi adalah daripada aspek teknikal. Jurulatih membuat keputusan teknikal yang salah,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tavecchio Letak Jawatan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top