My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 17 November 2017

    Dua Beradik Selamat Dalam Kebakaran



    Tindakan pantas seorang kanak-kanak mengejutkan kakaknya bangun setelah menyedari kediaman mereka terbakar berjaya menyelamatkan nyawa mereka daripada menjadi manga kebakaran di Kampung Sawangan Cina di sini hari ini.

    Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, Siti Noralia Alisah Mohd. Nazri, 6, bergegas mengejut kakaknya, Siti Noratira Alisah, 8, yang sedang tidur agar keluar dari rumah. Difahamkan, ketika kejadian, pasangan adik-beradik itu tinggal bersendirian kerana ibu bapa mereka keluar untuk bekerja di kawasan sekitar.

    Kebakaran juga menyebabkan 21 penghuni yang terdiri daripada rakyat tempatan hilang tempat tinggal.

    Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan, Zainal Madasin berkata, kediaman keluarga dua kanak-kanak tersebut antara lima rumah yang musnah dalam kejadian kebakaran di perkampungan itu hari ini.

    Menurut beliau, pinaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.50 petang dan mengearahkan dua jentera bersama 10 anggota ke lokasi kejadian. "Sebaik bomba tiba, api telah memusnahkan hampir 80 peratus daripada lima kediaman yang terbakar.

    “Kebakaran berjaya dikawal kira-kira dua jam kemudian dan operai tamat pada pukul 5.16 petang. Jumlah kerugian serta punca kebakaran sedang disiasat," katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Dua Beradik Selamat Dalam Kebakaran Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top