Ramai yang berpendapat bahawa Pilihan Raya Umum ke 13 pada tahun 2013 yang lalu merupakan ibu segala Pilihan Raya. Pendapat ini disokong dengan situasi politik Malaysia yang pada ketika itu agak tegang disamping penyampaian fitnah dari pembangkang yang cukup berleluasa tanpa dapat dibendung sepenuhnya.
Pada ketika itu, keputusan pilihan raya yang diumumkan pada malam 5 Mei 2013 juga menampakkan betapa sengitnya persaingan pada ketika itu. Barisan Nasional yang selama ini selesa menguasai dua pertiga kerusi Parlimen, berjaya dilemahkan oleh Pakatan Rakyat pada ketika itu dengan buat pertama kalinya, mereka berjaya memperoleh 89 kerusi Parlimen.

Namun begitu, dengan baki beberapa bulan sahaja lagi yang tinggal sebelum memasuki fasa Pilihan Raya Umum ke 14, adakah kita merasakan bahawa pilihan raya kali ini hanya sekadar pertembungan parti politik semata-mata? Jika itulah andaian kebanyakan dari kita, nyata andaian berkenaan silap!
Menjelang Pilihan Raya Umum ke 14 ini, ianya bukan lagi menyaksikan pertembungan idealogi politik semata-mata. Ianya turut mempertaruhkan masa depan orang Melayu, masa depan Malaysia setelah mengecapi kemajuan pada tahun 2020, perancangan pembangunan Malaysia dan paling utama, aqidah umat Islam di negara yang tercinta ini.
Mungkin ada yang tidak perasan bahawa hari ini, kerajaan bukan hanya terpaksa berhadapan dengan kerenah pembangkang yang adakalanya kelihatan tidak matang. Hari ini, kerajaan terpaksa berhadapan dengan satu gabungan baru yang menyaksikan pembangkang, fahaman Syiah, pengamal LGBT dan Comanggo membentuk satu gabungan untuk melemahkan kerajaan.

Lebih memburukkan keadaan, pengaruh mereka yang mengamalkan ajaran Syiah di negara ini juga nampaknya sudah mula diiktiraf oleh kerajaan negeri yang ditadbir oleh Pakatan Harapan. Bukankah kesemua ini menjadikan ianya satu bentuk gabungan baru yang memungkinkan aaaqidah umat Islam serta penguasaan kaum Melayu di Malaysia ini semakin diancam dengan kehadiran gabungan sebegini?
Itu belum lagi mengambil kira kewujudan beberapa buah parti politik yang lebih kepada politik ketaksuban melampau. Jika diambil secara logik, pembangkang di negara ini akan menggunakan apa jua cara termasuk menggunakan hasutan halus kepada rakyat Malaysia terutamanya kaum Melayu untuk memecah belahkan kesepakatan kaum di negara ini.
Secara amnya, Malaysia didiami oleh 3 kaum utama dengan lebih 50 etnik turut mendiami Malaysia. Selama berdekad-dekad lamanya kita hidup dalam keadaan harmoni sehinggalah tiba penggal ini, kesepakatan dan perpaduan ini cuba diancam dan dihapuskan oleh mereka yang begitu kemaruk kuasa.

Justeru, untuk mengatakan Pilihan Raya Umum ke 14 yang akan datang ini sama seperti pilihan raya umum yang lain, adalah satu pandangan yang silap. Ianya bukan lagi pertembungan antara idealogi politik sebaliknya ianya juga turut meletakkan pelbagai perkara termasuk hak orang Melayu di Malaysia ini sebagai pertaruhan.
* artikel ini diterbitkan pada 17 November 2017
0 comments:
Post a Comment