My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 20 November 2017

    Cara Unik Penduduk Cuci Dosa



    Beratus-ratus penduduk lelaki di sebuah perkampungan di sini berkumpul di jalanan bagi menyertai ‘pesta’ tahi lembu untuk mencuci dosa baru-baru ini. Sekumpulan lelaki menyertai ritual kuno berusia 250 tahun yang memerlukan mereka membaling tahi lembu sesama sendiri di Gomatapura, India.

    Golongan lelaki akan menanggalkan baju dan hanya berseluar pendek sebelum berjalan ke kawasan yang telah dipenuhi tahi lembu sedalam 1.2 meter untuk memulakan ritual kuno itu.

    Mereka kemudian akan mengepal tahi lembu dalam bentuk bebola dan membalingnya sesama sendiri sebagai tindakan yang dianggap menebus dosa yang dilakukan oleh nenek moyang masing-masing. 

    Tradisi purba itu dikatakan telah berusia 250 tahun dan disambut selepas perayaan Diwali, kebiasaannya setiap penghujung Oktober. Kampung Gomatapura terletak di antara negeri Karnataka dan Tamil Naddu, selatan India.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Cara Unik Penduduk Cuci Dosa Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top