My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 10 November 2017

    17 Kampung Terjejas Banjir


    TUJUH belas kampung di Kota Belud terjejas akibat banjir selepas hujan beterusan selama tiga jam, sejak 4.30 petang semalam. 

    Kampung yang terjejas iaitu Kampung Bobot, Kampung Ejuk, Kampung Siasai Tamu, Kampung Kota Belud, Kampung Menunggui, Kampung Sembirai, Kampung Lingkodon, Kampung Linau dan Kampung Gunding.

    Selain itu, Kampung Tanjung Pasir, Kampung Wakap, Kampung Labuan, Kampung Donggoi, Kampung Sadok-sadok, Kampung Marajah, Kampung Lebak Engad dan Kampung Keranjangan. 

    Bagaimanapun, sehingga kini, tiada penduduk dipindahkan. Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Belud, Paulina Francis berkata, hujan turut menyebabkan peningkatan paras Sungai Tempasuk dan Sungai Abai mencecah paras bahaya iaitu 5.56 meter (m) sehingga melimpah ke penempatan berhampiran.

    "Ia menyebabkan kawasan rendah di 17 kampung dinaiki air sejak 6.30 petang tadi. "Pada masa sama, Jalan Kampung Bobot, Jalan Kampung Linau, Jalan Kampung Kota Belud, Jalan Kampung Gunding dan Jalan Siasai Tamu turut dinaiki air dan tidak boleh dilalui kenderaan rendah," katanya ketika dihubungi, semalam.

    Menurut Paulina, pihaknya masih menjalankan pemantauan dan bersiap sedia untuk membantu jika penduduk perlu berpindah.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 17 Kampung Terjejas Banjir Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top