Akibat gagal mengawal perasaan marah ketika bertengkar dengan isterinya, seorang buruh binaan dipercayai membaling sebilah sabit rumput ke arah wanita itu di Kampung Temalir di sini Rabu lalu. Tindakan itu menyebabkan isterinya menerima tujuh jahitan pada kening sebelah kiri ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Krai.
Dalam kejadian pukul 7.30 pagi itu, pasangan suami isteri terbabit dikatakan berselisih faham berpunca daripada masalah anak mereka. Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning berkata, kejadian berlaku di pintu hadapan rumah mereka ketika suspek berdiri di luar rumah sebelum berlaku bertengkaran dengan isterinya.
Menurut beliau, suaminya yang terlalu marah telah membaling sabit rumput ke arah isterinya. “Ketika kejadian, tiada saksi yang melihatnya. Polis kini giat mengesan suami mangsa yang dipercayai menghilangkan diri di sempadan,” katanya di sini semalam.
0 comments:
Post a Comment