BINTANG Real Madrid, Cristiano Ronaldo mengumumkan dia menjadi bapa buat kali keempat, selepas teman wanitanya, Georgina Rodriguez melahirkan bayi perempuan.
“Alana Martina selamat lahir! Kedua-duanya Geo dan Alana berada dalam keadaan hebat. Kami semua amat gembira,” kata pemain berusia 32 tahun itu menerusi akaun Twitter miliknya.
Ronaldo turut memaparkan gambarnya bersama Rodriguez dan anak lelakinya yang kini berusia tujuh tahun, Cristiano Junior serta bayi berkenaan.
Selain Junior dan Martina, penyerang Portugal yang juga pemain Terbaik Dunia 2017 itu juga adalah bapa kepada kembar Eva dan Mateo yang lahir pada Jun lalu.
0 comments:
Post a Comment