My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 22 November 2017

    Anak Husam Musa Didakwa



    Selepas ditahan polis kerana memiliki 200 biji pil kuda pada Sabtu lalu, anak Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Husam Musa dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 20 gram. 

    Tertuduh, Ahmad Syafi, 29, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Kamarul Hasyime Rosli.

    Mengikut pertuduhan, Ahmad Syafi didakwa memiliki dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 20 gram di sebuah rumah di Lot 409, Jalan Pasir Mas Salor, Kampung Jelutong di sini pada pukul 3.30 petang, 18 November lalu.

    Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39A (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan sembilan sebatan, jika sabit kesalahan.

    Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Shahirun Azri Mohd. Nordin yang menawarkan ikat jamin berjumlah RM15,000 dengan seorang penjamin.

    Terdahulu, tertuduh yang diwakili lima peguam diketuai oleh Firdaus Mohd. Yusuf memohon agar jumlah ikat jamin dikurangkan kepada RM8,000 dengan seorang penjamin atas alasan ia merupakan kesalahan pertama tertuduh.

    Selain itu, tertuduh turut diwakili oleh empat peguam lain iaitu Mohd. Yusoff Yakob, Mohd. Ridzuan Muhamad, Ahmad Nuri Abd. Rahman dan Wan Abdullah Sani Wan Yusuf. Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM 10,000 dengan seorang penjamin dan kes akan disebut semula pada 14 Januari depan untuk laporan kimia.


    Media pada Isnin lalu melaporkan, tertuduh yang merupakan anak kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor ditahan reman selama empat hari selepas dicekup sepasukan polis bersama 200 biji pil kuda.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Anak Husam Musa Didakwa Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top