My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 17 November 2017

    Bekas Polis Mengaku Cabul Remaja



    Seorang bekas anggota polis berpangkat lans koperal mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua pertuduhan mencabul seorang remaja lelaki berusia 14 tahun pada 4 September lalu. 

    Tertuduh, Fazlie Zainuddin, 33, yang berasal dari Bakri, Muar, Johor membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dayang Ellyn Narisa Abang Ahmad.

    Bagaimanapun, hukuman terhadapnya ditangguhkan berikutan tertuduh mengaku tidak waras selepas pertuduhan kedua dibacakan.

    Hakim kemudiannya mengarahkan tertuduh dihantar ke Hospital Sentosa di sini bagi menjalani tempoh pemerhatian selama sebulan untuk mendapatkan laporan perubatan mengenai kesihatan mentalnya bermula semalam sehingga 15 Disember depan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bekas Polis Mengaku Cabul Remaja Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top