My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 21 November 2017

    Jualan Myvi Baharu Bakal Cecah 80,000 Unit


    Perusahaan Otomobil Ke­dua Sdn. Bhd. (Perodua) menyasarkan jualan Myvi baharu bakal mencecah sehingga 80,000 unit menjelang akhir tahun depan berikutan sambutan cukup memberangsangkan diterima daripada masyarakat. 

    Naib Presiden Pe­rodua Auto Corporation Sdn. Bhd., Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, sejak diperkenalkan pada 9 November lalu, syarikat telah menerima lebih 8,000 tempahan untuk semua lima varian Myvi baharu tersebut.

    “Kira-kira 80 peratus tempahan melibatkan va­rian Myvi berkapasiti enjin 1.5 liter. Sehingga hujung tahun ini, kami menyasarkan antara 15,000 dan 16,000 unit dijual di seluruh negara, manakala tahun depan, sasaran jualannya ialah antara 75,000 dan 80,000 unit.

    “Myvi baharu ini dilihat mendapat sambutan cukup memberangsangkan berbanding keluaran sebelum ini. Sebelum di lancar, ramai berpandangan kenderaan baharu itu menyerupai Myvi model lama namun sebenarnya ia cukup berbeza dengan reka bentuk baharu yang lebih menarik,” kata­nya. 

    Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada pameran kereta berkenaan bersempena Hari MITI Zon Pantai Timur 2017 di Hotel Grand Riverview di sini kelmarin. Myvi baharu yang dilancarkan Khamis lalu menawarkan lima varian serba baharu pada harga bermula daripada RM44,300 sehingga RM55,300 sebuah tidak termasuk insurans.

    Lima varian ditawarkan itu me­rangkumi transmisi manual (MT) dan automatik (AT) iaitu Myvi 1.3 Standard G (MT), 1.3 Standard G (AT), 1.3 Premium X (AT), 1.5 High (AT) dan 1.5 Advance (AT). Myvi generasi ketiga serba baharu itu juga dilihat menampilkan rekaan yang lebih menarik, bergaya, selesa dan luas.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Jualan Myvi Baharu Bakal Cecah 80,000 Unit Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top