My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 13 November 2017

    Polis Sarawak Tangkap 50 Kaki Judi Sepanjang Minggu Lalu



    Polis Sarawak berjaya memberkas 50 kaki judi menerusi 36 serbuan yang dijalankan di seluruh negeri ini sepanjang minggu lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, serbuan tersebut melibatkan kegiatan pusat menjual loteri haram dan premis pengisian semula bagi judi siber. 

    "Seramai 34 lelaki dan 16 perempuan berusia 15 hingga 49 tahun ditangkap dalam kesemua serbuan itu. "Polis turut menahan lima warga asing yang turut terlibat dalam aktiviti berkenaan," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

    Mengulas lanjut, Dev memberitahu, nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM11,000 termasuk slip pertaruhan dan beberapa peralatan lain. "Kesemua yang ditahan akan disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953," katanya lagi.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Polis Sarawak Tangkap 50 Kaki Judi Sepanjang Minggu Lalu Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top