My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 20 November 2017

    Lelaki Mati Dipercayai Kena Langgar Lari



    Seorang lelaki ditemui maut dipercayai akibat dilanggar lari dalam satu kejadian kemalangan di Jalan Persisir Bintulu-Miri di sini hari ini. Kejadian kira-kira pukul 5.45 pagi itu mengakibatkan mangsa, Maggit Selai, 38, dari Rumah Sekapan Panjang, Long Dungan di Belaga disahkan meninggal dunia di lokasi insiden selepas mengalami kecederaan parah pada kepalanya. 

    Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Deputi Superintendan Bingkok John berkata, sebelum kejadian mangsa dikatakan sedang berjalan kaki seorang diri menggunakan laluan berkenaan. Bagaimanapun katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai telah dilanggar dari belakang oleh kenderaan yang tidak dapat dipastikan.

    "Impak rempuhan itu mengakibatkan mangsa tercampak ke bahu jalan dan mengalami kecederaan parah pada kepalanya," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

    Bingkok menambah, mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Nyabau di sini untuk dibedah siasat. Katanya, anggota polis dari bahagian siasatan jenayah turut ke lokasi bagi menyiasat sama ada terdapat unsur jenayah berhubung kejadian berkenaan.

    "Buat masa ini, siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya lagi.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Lelaki Mati Dipercayai Kena Langgar Lari Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top