My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 16 November 2017

    Padah Samun Pelajar, Dua Lelaki Ditangkap Polis



    Dua lelaki tempatan diberkas dalam dua serbuan berasingan disyaki terlibat kes samun bersenjata di sekitar bandar raya ini baru-baru ini. Kedua-dua suspek yang ditahan itu dikatakan telah merompak seorang pelajar kolej di Asia City dekat sini, pada Sabtu lalu. 

    Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, suspek berusia 28 tahun ditahan di hadapan sebuah restoran makanan segera di Kampung Air manakala rakannya berusia 31 tahun pula diberkas di kawasan Sinsuran semalam.

    "Hasil risikan dan maklumat daripada orang awam pihak polis berjaya menahan dua lelaki yang terbabit melakukan kegiatan samun secara berkumpulan menggunakan senjata di Asia City di sini. Kedua-dua mereka ditahan di sekitar bandar raya ini," katanya di sini hari ini.

    Menurut Chandra, dalam tangkapan itu, polis merampas sehelai kemeja, sebilah pisau lipat, telefon pintar, dompet dan dua keping kad pengeluaran wang automatik (ATM). "Kamu turut menemui kad pendaftaran personal binaan dan kad pelajar Politeknik Kuching," jelasnya.

    Saringan ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek positif syabu. Terdahulu, dalam kejadian pada pukul 12 tengah malam, Sabtu lalu, mangsa lelaki tempatan berusia 20an sedang mencari kedai makan di sekitar Asia City sebelum didatangi kedua-dua suspek.

    Mangsa telah menyerahkan dompetnya yang mengandungi kad pengenalan, dua keping kad ATM dan wang tunai RM40 serta dua unit telefon pintar. Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Padah Samun Pelajar, Dua Lelaki Ditangkap Polis Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top