My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 16 November 2017

    Suspek Utama Kes Bunuh Tiga Beranak Dikenal Pasti



    Polis telah mengenalpasti suspek utama yang merupakan lelaki tempatan dipercayai terlibat dalam pembunuhan kejam tiga beranak di sebuah rumah di Taman Bahagia, Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu semalam. 

    Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Din Ahmad berkata suspek dikenali Sharat Eh Wang @ Pot, 31, dan beralamat di Kampung Jubakar Darat, Tumpat. Katanya, hasil temubual dengan anak mangsa yang kini berada dalam keadaan stabil di hospital turut mendedahkan suspek merupakan pekerja bapanya sejak tiga hingga empat tahun lalu.

    “Suspek merupakan pemandu van yang membantu mengedarkan barang perkakasan selain turut mempunyai hubungan rapat dengan keluarga mangsa. Setakat ini, polis percaya kejadian bunuh ini bermotifkan dendam disyaki berkaitan dengan kewangan atau perselisihan faham antara suspek dengan keluarga mangsa sebelum ini,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Tumpat antara Superintenden Nik Azlan Nik Ibrahim yang bertukar sebagai Pegawai Pemerintah Batalion 4 Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am Semenyih Selangor.

    Jawatan Pemangku Ketua Polis Daerah Tumpat digalas oleh Superintenden Mohamed Zulmanzi Che Daud yang sebelum ini bertugas sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.

    Jelasnya, pihak polis yakin suspek utama akan berjaya ditangkap dalam masa terdekat. Tambahnya, pasukan keselamatan akan dikerah bagi mengawal kawasan sempadan dengan lebih ketat supaya suspek tidak lolos ke sempadan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Suspek Utama Kes Bunuh Tiga Beranak Dikenal Pasti Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top