Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung kes seorang anggotanya yang dipercayai mengganggu dan melarikan isteri orang seperti yang ditularkan melalui laman media sosial Facebook baru-baru ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan pihaknya telah menerima beberapa laporan polis yang dibuat oleh suami wanita tersebut. “Kertas siasatan sedang dibuka pada peringkat ini sehingga PDRM mendapat gambaran sebenar tentang status kes tersebut.
“Siasatan dalaman juga dijalankan bagi menyiasat kesemua dakwaan yang dibuat oleh lelaki berkenaan,” katanya ketika dihubungi media semalam.
0 comments:
Post a Comment