My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 21 November 2017

    Bapa Bunuh Tiga Anak Sebelum Gantung Diri



    Seorang bapa dipercayai mengalami tekanan perasaan selepas kematian isteri pada awal bulan ini dan mempunyai masalah hutang bertindak membunuh tiga anaknya sebelum membunuh diri di kediamannya di Perdana Height, Aman jaya di sini semalam. 

    Lelaki tersebut, K. Sivarau, 48, ditemui tergantung diri di dalam bilik tidur tingkat atas rumahnya sementara dua anak lelakinya iaitu S. Sashrin Rau, 6, dan S. Raghu Ram Rau, 5, pula ditemui terbaring di atas lantai dan seorang lagi anak perempaun, S. Yamuna, 8, berada di atas katil.

    Ibu mertua Sivarau, S. Punita, 60, berkata, dia terkejut apabila melihat menantunya berada dalam keadaan tergantung dan tiga cucunya juga sudah tidak bernyawa selepas membuka pintu bilik tersebut.

    Katanya, dia ingin memasuki bilik tersebut selepas mendapati menantu dan tiga cucunya tidak turun ke tingkat bawah rumah tersebut kira-kira pukul 1.30 petang.

    Menurutnya, Sivarau yang bekerja sebagai agen pembantu rumah sentiasa berada dalam keadaan murung selepas kematian isterinya, V. Kamini, 38, yang juga membunuh diri dengan menggantung diri di bilik yang sama pada 1 November lalu.

    "Saya tidak menyangka Sivarau sanggup membunuh tiga cucu kesayangan sebelum membunuh diri," katanya ketika ditemui di sini semalam.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid berkata, motif kejadian masih dalam siasatan dan dipercayai mempunyai masalah hutang. Menurutnya, kesemua mayat tersebut telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

    "Kesemua mangsa dipercayai meninggal dunia kira-kira 12 jam sebelum ditemui," katanya dalam satu kenyataan di sini petang semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bapa Bunuh Tiga Anak Sebelum Gantung Diri Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top