Satu persatu perkara berkaitan kedudukan Islam dilihat cuba dipertikai dan digugat oleh pembangkang yang diketuai oleh DAP. Baru menguasai dua negeri dan belum lagi mendapat Putrajaya, DAP dan Pakatan Harapan sudah mula mengusik sedikit demi sedikit soal berkaitan agama di negara ini.
Pada 8 November 2017, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh menolak usul memperkasakan mahkamah syariah di Selangor. Datuk Sulaiman Abdul Razak (ADUN BN Permatang) melahirkan rasa kesal atas tindakan Hannah Yeoh yang juga merupakan ADUN DAP Subang Jaya menolak usul memperkasakan Mahkamah Syariah di Selangor.
"Saya melahirkan rasa terkejut dan dukacita dengan penolakan usul tersebut serta alasan-alasan yang dikemukakan. Padahal dengan hati dan niat yang suci, saya merasakan amat wajar usul ini diterima dan dibahaskan ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Selangor sebagai langkah berterusan yang proaktif demi memperkasa dan memartabatkan institusi Mahkamah Syariah Negeri Selangor,” katanya.
Apa boleh buat, inilah jadinya bila DAP yang menjadi Speaker dalam Dewan Undangan Negeri. Azmin Ali ikut sahaja apa yang dimahukan oleh DAP. Dalam isu penganjuran pesta arak pun sama, Azmin Ali ikut telunjuk DAP.
Undian kelulusan pestra arak di Majlis Perbandaran Klang memperlihatkan DAP yang sebenarnya menjadi ketua di Selangor. 10 orang ahli majlis DAP sokong, 6 orang ahli majlis PKR sokong manakala 5 orang ahli majlis PAS membantah.
Apa yang PKR dan PAS boleh buat? DAP yang tentukan semuanya di Selangor. Arak boleh, tetapi memperkasakan mahkamah syariah tidak boleh di Selangor. Rumah bilal kena roboh, rumah urut dan rumah maksiat dibenarkan. DAP sebenarnya yang mengawal Selangor menerusi “napolean napolean kecil” mereka yang menjadi ahli majlis di setiap daerah di Selangor.
Bukan itu sahaja, Hannah Yeoh yang merupakan ADUN DAP ini juga menulis buku untuk menjadikan kehidupannya sebagai rujukan masyarakat.
Perkara ini telah dikecam oleh Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff yang menyatakan autobiografi Hannah Yeoh itu mampu mengubah hidup pembacanya sehingga terdorong kepada ajaran Kristian.
Itu di Selangor, di Pulau Pinang pula Zairil Khir Johari membantah tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang mahu mewajibkan penceramah agama tempatan atau asing mendapatkan tauliah bertujuan mengelakkan berlaku penyelewengan, selain menjaga hal berkaitan sensitiviti masyarakat.
Zairil Khir yang merupakan Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera kata tauliah kepada penceramah ini adalah alat kuku besi dan menggesa agar peraturan mewajibkan penceramah agama memohon tauliah perlu dihentikan. DAP tahu bahawa agama adalah di bawah bidang kuasa Raja Raja Melayu, mengapa hendak bantah?
Tindakan Zairil ini adalah disengajakan. Dibuat untuk mencampuri satu persatu urusan agama di negara ini. Tidak layak sekali Zairil hendak bercakap soal agama kerana masyarakat sudah melihat sendiri bagaimana tidak beragamanya hubungan sulit Zairil dengan Dyana dan juga seorang wartawan wanita.
Selesaikan dulu kes itu, jangan sibuk menganggu urusan tauliah penceramah agama. Bukan itu sahaja, di Pahang, ADUN DAP Mentakab, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji sudah bangkit mempertahankan pesta arak Oktoberfest dalam Dewan Undangan Negeri Pahang. DAP gunakan Melayu untuk capai agenda sulitnya.
Selepas Zulpuri pertahankan pesta arak itu, terus Guan Eng puji tindakan Zulpuri itu.Lim Guan Eng memuji keberanian Zulpuri kerana berani mempertahankan pesta arak Oktoberfest. Jadi orang Mentakab pilih wakil rakyat yang masuk dewan untuk bagi Ketua Menteri DAP Pulau Pinang puji sahajalah.
Jika begitu, baik Zulpuri bertanding di Pulau Pinang selepas ini. Bukan Zulpuri seorang, ada juga senator lantikan parti DAP iaitu Senator Dr. Ariffin S.M Omar yang berpandangan bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan jika Pulau Pinang menjadi Bandar Kristian ketika berucap dalam Dewan Negara pada 19 April 2017.
Satu persatu DAP mula menyerangnya.Dalam hal RUU355 pun, DAP yang dilihat bersungguh sungguh mahu membantah RUU355. Kit Siang yang ke hadapan untuk mengagalkan RUU355. Namun di Pulau Pinang, untuk meluluskan RUU penternakan khinzir, cepat sahaja DAP meluluskannya.
Malah ADUN Melayu pula digunakan untuk meluluskan RUU tersebut. Semalam di Dewan Rakyat, seorang lagi Melayu dipergunakan untuk capai hasrat DAP. Khalid Samad semalam dalam parlimen menyalahkan kerajaan sebagai punca fahaman tidak beragama (ateis) berkembang. Kelakuan Khalid Samad dalam Dewan Rakyat ini amat memalukan sekali.
Lihat video di pautan ini : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1743132002663223&id=1455416204768139
Satu persatu cara DAP mahu hakis kedudukan Islam ini sudah jelas. DAP sudah terbukti adalah “top dog” sebenar dalam Pakatan Harapan. Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz dari parti bunga sedikit pun tidak berani lawan DAP berkaitan isu isu ini. Mereka tidak boleh buat apa apa dah. Kerana hendak kuasa, pejam mata sahaja. Tegur pun tidak berani kerana DAP adalah ketua sebenar dalam pembangkang.
Oleh itu, Pakatan Harapan ini wajib ditolak oleh umat Islam di Malaysia, mereka ini ada agenda sulit DAP. Jangan biar agenda sulit DAP ini terlaksana.
Beruang Biru
Jumaat
24 November 2017
0 comments:
Post a Comment