My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 1 May 2015

    1 MEI - HARI BURUH ATAU HARI MERUSUH?

    Para penyokong parti pembangkang di khabarkan sekali lagi akan mengadakan Himpunan Batal GST yang akan di jadualkan bakal di adakan di Dataran Merdeka esok, sempenan Hari Pekerja. Sekali lagi mereka mencemarkan kesucian Masjid Jamek Kuala Lumpur apabila lokasi ini sekali lagi di pilih sebagai pusat himpunan. Lokasi ini adalah salah satu lokasi yang di pilih selain Kompleks Membeli Belah Sogo dan beberapa lokasi lagi.

    Amat menghairankan, setelah hampir berpuluh himpunan di adakan, setelah Kerajaan menguatkuasakan serta mengetatkan undang-undang, masih terdapat puak yang seolah-olah mencabar undang-undang, seolah-olah begitu kebal dari sebarang tindakan. Di pimpin oleh hampir semua pemimpin utama pembangkang, pengikut mereka seolah-olah makin kebal dan semakin berani mencabar pihak berkuasa.

    Penulis berani mengatakan himpunan esok tidak mendapat permit yang di wajibkan. Penulis juga berani mengatakan, peserta perhimpunan esok sekali lagi menjadikan anak kecil sebagai benteng mereka dari di kenakan sebarang tindakan. Mereka juga akan sekali lagi mencerca, menghina malah berani menghina pihak polis di lokasi. Malah berkemungkinan besar suasana perhimpunan ini akan menjadi tidak terkawal bilamana mereka hilang kawalan hasil dari hasutan pemimpin utama mereka.

    Himpunan Batal GST sebenarnya bukanlah berkisar sangat kepada GST. Niat mereka adalah seperti biasa, serampang 3 mata. Seperti biasa, mereka pasti akan menuntut pembebasan Anwar Ibrahim, merosakkan imej negara di mata dunia sekaligus merencatkan ekonomi negara dan paling utama, menunjukkan mereka kononnya kuasa rakyat.

    Persoalannya, sedarkah mereka bermula esok, negara akan menikmati cuti panjang sehingga 4hb Mei ini. Inilah peluang kepada seluruh rakyat menikmati hari cuti yang panjang malah peluang mereka meluangkan masa bersama dengan keluarga. Akan tetapi puak-puak yang tiada sivik ini memang langsung tidak memperdulikan hal orang lain melainkan mengutamakan kepentingan individu yang kononnya pejuang rakyat. Nasihat penulis, kuasa rakyat ada pada setiap 5 tahun semasa Pilihanraya Umum. Jauhilah himpunan seperti ini kerana setelah selesai himpunan ini, tiada apa yang akan dapat di perolehi melainkan penat atau paling teruk, masa depan akan tergadai apabila di tangkap oleh pihak berkuasa. Jangan memperbodohkan diri dengan semua ini.

    p/s situasi menarik, adakah Tun Dr Mahathir Mohamed akan menyertai himpunan ini? Jika ya, adakah penyokongnya masih menerima dan menyertai pembangkang?



    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 1 MEI - HARI BURUH ATAU HARI MERUSUH? Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top