My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 16 May 2015

    GURU - PENDIDIK BANGSA

    Esok seluruh negara akan menyambut Hari Guru dimana kali ini akan di sambut di Negeri Kedah Darul Aman. Sememangnya sambutan Hari Guru merupakan hari yang di tunggu-tunggu oleh semua tenaga pengajar di seluruh Malaysia dengan sambutannya di raikan samada di peringkat Sekolah, Daerah, Negeri mahupun Negara.

    Jika kita selami peranan guru di seluruh dunia, tugas mereka begitu mulia dan amat mencabar. Sedari unur 5 tahun, anak-anak kecil ini telah di serahkan kepada tenaga pengajar ini untuk di didik menjadi insan kamil pada masa akan datang. Menariknya, jika kita tanya kanak-kanak yang berumur 7 tahun, apakah cita-cita mereka, selain askar (tentera), guru merupakan pilihan mereka. Di sini kita dapat melihat peranan guru amat penting bagi masyarakat Malaysia sejak dari kecil lagi. Istilah guru bukan sahaja tertakluk di sekolah sahaja malah mereka yang mengajar dan mendidik kita melakukan sesuatu juga layak di gelar guru.

    Apa yang nyata kini, tugas mengajar semakin lama semakin sukar dengan perubahan anak-anak bangsa yang di hantar ke sekolah. Tidak seperti tugas mendidik generasi X sebelum ini, tugas mendidik generasi Y dan Z juga semakin mencabar dengan guru-guru kini terikat dengan undang-undang kerana trend ibu bapa kini terlalu memanjakan anak-anak mereka. Tanyalah diri kita sendiri. Dimanakah kita mula mengenal A, B, C, 1, 2, 3, campur, tolak, bahagi dan darab. Dimanakah kita mengenali sejarah, penulisan, membaca dan pengajaran sivik. majoritinya di sekolah-sekolah. Jadi persoalan penulis, wajarkah kita kini menjadikan institusi perguruan umpama musuh yang langsung tidak boleh menghukum anak-anak kita seperti mana kita alami dahulu? Apakah kita mahu melihat anak-anak kita menjadi petualang negara?

    Kepada para pembaca yang menceburi industri perguruan ini, penulis dengan rendah hatinya mengucapkan SELAMAT HARI GURU untuk kalian. Tugas kalian amat mulia di sisi agama mahupun negara. Usah menjadi guru kepada anak murid tetapi menjadi penentang kepada kerajaan demi mendengar hasutan melampau pembangkang. Didiklah anak bangsa kita supaya terus menyintai negara dan seterusnya melahirkan bakal pemimpin untuk cucu cicit kita nanti.

    Tribute khas untuk Seluruh tenaga pendidik di Sekolah Kebangsaan Chegar Galah, Sauk Kuala Kangsar, Sekolah Menengah Raja Muda Musa, Kuala Kangsar, Sekolah Menengah Vokasional Taiping, Sekolah Menengah Vokasional Luar Bandar Kuching, Sarawak, Politeknik Kuching Sarawak dan Kosmopoint Kuala Lumpur. Semoga Allah merahmati kalian kerana mendidik penulis menjadi apa yang penulis ada kini. Al Fatihah untuk Cikgu Sabri, Cikgu Ayub dan Cikgu Kamaruddin.....



    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: GURU - PENDIDIK BANGSA Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top