My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 5 May 2015

    SIAPAKAH SULTAN NAZRIN SHAH - BAHAGIAN 1

    Perlantikan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah bakal melambangkan kekuasaan Melayu yang pernah wujud di Tanah Melayu satu ketika dahulu. Baginda merupakan waris keturunan dari Kesultanan Melayu Melaka yang di asaskan oleh Parameswara sekitar 1396 masihi. Baginda merupakan Sultan Perak yang ke 35 dalam sejarah Kesultanan Melayu Perak.

    Baginda di puterakan pada 27hb November 1956 di Georgetown, Pulau Pinang dan merupakan Putera sulung bagi Almarhum Paduka Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Yusof Izzuddin Ghafarullah hulahu Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Siti Bainun Mohd Ali. Mendapat pendidikan awal di Malay College Kuala Kangsar (MCKK) dan seterusnya melanjutkan pelajaran Baginda di Worcester, Oxford, England dan memperolehi B.A dalm Philosophic, Politics and Economic. Minat Baginda terhadap ilmu di teruskan dan kali ini Baginda merantau jauh di Amerika Syarikat dan memperolehi MPA di John F. Kennedy School of Goverment di Harvard Universiti. Atas nasihat Almarhum Paduka Sultan Azlan yang sentiasa menitik beratkan tentang ilmu, akhirnya Baginda Sultan Nazrin memperolehi Ph.D di dalam bidang Politics and Economic di Universiti Harvard. Ini menjadikan Baginda seorang Sultan yang memperolehi lulusan tertinggi sebagai pemerintah di sesebuah negeri, mengikut jejak Almarhum Ayahanda Baginda yang begitu tinggi ilmu berkaitan undang-undang.

    Pada 15hb April 1984 merupakan detik dan langkah pertama Baginda dalam urus tadbir Negeri Perak apabila di lantik sebagai Raja Muda Negeri Perak dan Baginda pernah mengambil tempat ayahandanya sewaktu Almarhum Paduka Sultan Azlan di lantik sebagai Yang Di Pertuan Agung ke 9 pada 1989 hingga 1994. Sewaktu Almarhum Paduka Sultan Azlan gering, Baginda selaku Raja Muda banyak mengambil tugas yang di sandang Almarhum termasuk melawat kesetiap ceruk Ngeri Perak. Kini setelah adat pengisytiharan Baginda sebagai Sultan Perak, Baginda kini di kenali dengan nama penuhnya sebagai Duli Yang Maha Mulia, Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Sultan dan Yang Di Pertuan Negara dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan dan Jajahan Takluknya, D.K, D.KII (Selangor), D.K.S.A, S.P.C.M, S.P.T.S, S.P.M.P (Perlis), Ph.D (Harvard), MPA (Harvard), D.M.N.

    Baginda mendirikan rumahtangga dengan Tuanku Zara Salim Davidson pada 17hb May 2007 di Istana Bukit Chandan, Kuala Kangsar dan telah di kurniakan 2 orang cahayamata iaitu Raja Azlan Muzaffar Shah (mengambil nama sempena nama Ayahanda Baginda dan Sultan Perak pertama) dan Raja Nazira Safya Shah. Tuanku Zara juga bukanlah sebarang orang di mana latar belakang akedemiknya juga tidak kurang hebatnya berbanding Paduka Sultan Nazrin.

    Bagi penulis, seluruh Rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan amat beruntung memperolehi Sultan yang bijak laksana serta amat di gemari oleh rakyat jelata kerana sikap Baginda yang begitu mesra dengan rakyat serta mengambil tahu kebajikan rakyat yang di naungi Baginda. 6hb Mei ini adalah tarikh bersejarah bagi rakyat Negeri Perak menyaksikan pertabalan Baginda. Semoga Allah merahmati pemerintahan Tuanku Sultan dan Tuanku Puan Besar Perak dan dapat mentadbir Negeri Perak dengan adil dan saksama. Sesungguhnya penulis amat berbangga dengan Baginda Sultan sebagai Pemerintah Negeri Perak.

    Daulat Tuanku
    Daulat Tuanku
    Daulat Tuanku

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: SIAPAKAH SULTAN NAZRIN SHAH - BAHAGIAN 1 Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top