My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 10 May 2015

    MELAYU DI BODOHKAN LAGI?

    Konflik Tabung Haji dan 1MDB cukup hangat di perkatakan kini. Ironinya, apa yang berlaku adalah usaha perlaburan pengkoperatan bagi mengembangkan pendapatan sesebuah Syarikat. Umum sedia maklum Tabung Haji bukan seperti perbankan biasa walaupun ianya lebih bersifat perbankan. Jika kita renung sejenak, Tabung Haji tidak ubah seperti pelaburan ASN, ASNB, mahupun KWSP dimana konsep ini adalah simpanan dan hasilnya akan di nikmati apabila seruan Allah di Tanah Haram Mekah menjelma. Benar kita boleh membawa atau menyimpan wang kita pada bila-bila masa. Tetapi konsepnya berlainan dengan bank konvensional sedia ada.

    Akibat konflik ini, ramai pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan dakyah mendakwa, wang yang di simpan di Tabung Haji akan lenyap akibat pelaburan hartanah ini. Soalan mudah penulis, sudah memeriksa simpanan anda di Tabung Haji? adakah terdapat pengurangan mahupun kehilangan wang simpanan anda? Jika ini berlaku, ini bermakna Malaysia akan kehilangan koata jemaah untuk musim haji tahun ini di mana kerajaan Arab Saudi menawarkan 22,000 tempat di Mekah. Adakah rakyat Malaysia kini begitu paranoid dengan nama 1MDB sehinggakan pelaburan yang menguntungkan juga di politikkan? Bukankah ini menandakan ada niat jahat pihak tertentu bagi merosakkan sistem kewangan yang 100% berasaskan Islam dan membawa umat Islam sendiri di Malaysia bertelagah sesama sendiri?

    Kenapa isu Tabung Haji menjadi hangat? Bila masalah ini terserlah perihal Tabung Haji membeli tanah milik 1MDB? Jika tidak menjadi keberatan, sukalah penulis menimbas semula apa yang berlaku sebelum isu ini hangat di perkatakan. Isu ini bermula kira-kira sehari sebelum Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. Jika di lihat, siapakah yang untung dalam perkara ini? Barisan Nasional? Parti Keadilan Rakyat? PAS? Persoalannya kenapa? Adakah berkaitan sekeping kertas undi? Adakah bermotifkan politik? Bagi pemerhatian penulis, yang teruk terkena tempiasnya adalah orang Melayu yang beragama Islam kerana orang Islam paling banyak menyimpan wang mereka di Tabung Haji. Jadi secara tidak langsung, ada pihak cuba meraih ketidak sepakatan Bangsa Melayu menerusi gangguan maksima terhadap sistem kewangan Islam. Jadi pada mata penulis, 1MDB di gunakan pihak-pihak berkenaan untuk menakutkan pendeposit dan seterusnya melemahkan Tabung Haji dari terus menjadi entiti kukuh bagi orang Islam. Tambahan pula, seperti yang di huraikan sebelum ini, perasaan paranoid dan trauma melampau dan mengarut rakyat Malaysia terhadap 1MDB menjadi kambing hitam dalam menakutkan orang Islam itu sendiri.

    Jika pembaca pernah mendengar mengenai PIDM, institusi ini sentiasa melindungi deposit (wang simpanan) dalam mana-mana institusi kewangan dan insuran di dalam Malaysia. Tabung Haji juga tidak terkecuali menerima perlindungan ini. Bagi penulis, Tabung Haji merupakan satu entiti pelaburan paling berjaya di dunia khususnya di negara Islam yang mana ianya di uruskan oleh orang Islam itu sendiri. Menerusi beberapa pelaburan Tabung Haji sebelum ini, mereka mampu menampung subsidi dan menyediakan perkhidmatan terbaik bagi setiap orang Jemaah haji Malaysia di Tanah Suci. Bukan hanya satu hartanah di TRX, malah ekuiti Tabung Haj juga terdapat di London, Mekah dan beberapa tempat lagi dan semua ini sudah terbukti sejak sekian lama dan ianya di akui.Agak melucukan, apabila menyebut 1MDB semua orang panik sehingga ada mengatakan enggan bersekongkol dengan pelaburan dengan bukan beragama Islam. 

    Nasihat penulis, usah melatah terlalu cepat dengan hanya membaca isu ini menerusi applikasi Whatsapp mahupun Facebook. Andai pengeluaran besar-besaran dan pemboikatan berlaku, yang mengalami kerugian teruk adalah Tabung Haji-satu entiti paling berjaya yang di uruskan oleh orang Islam itu sendiri. Kini isu tanah di TRX di arahkan supaya di jual semula, sesuatu yang pada penulis jelas merugikan. Akibat marah, paranoid dan trauma terhadap 1MDB, walaupun entiti ini sudah di arahkan di audit secara menyeluruh, Tabung Haji menjadi mangsa. Pembelian ini bukanlah tindakan bailout sepertimana yang di lakukan oleh kerajaan Tun Dr Mahathir sebelum ini. Pembelian ini adalah hasil dari urusan yang telus dan Tabung Haji menerusi entiti milik Islam seharusnya di beri keutamaan dalam urusan ini. Jangan bertindak melulu dengan temakan dengan hasutan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab kerana tindakan bodoh ini akan melemahkan salah satu entiti milik Islam itu sendiri. Dengan kekuatan yang ada pada Tabung Haji, zakat dapat di salurkan. Adakah anda fikir Ananda Krishnan, Lim Goh Tong, YTL akan membayar zakat selain cukai perniagaan?  

    Terkini, sudah ramai tangan-tangan ghaib bertepuk tangan apabila melihat ramai orang Melayu Islam melatah dan Tabung Haji semakin teruk di asak. Tahniah kerana menjadi salah seorang penyampai propaganda di internet. Kalianlah yang melemahkan Melayu dan Islam itu sendiri. Bukan 1MDB, Perdana Menteri mahupun Tuhan itu sendiri. Mohonlah petunjuk dari Allah Yang Maha Mengetahui daripada Google dan Facebook...

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: MELAYU DI BODOHKAN LAGI? Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top