My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 4 May 2015

    KEWAJARAN KELAB AUTOMOTIF

    Malaysia kelmarin di kejutkan dengan kemalangan menyayat hati membabitkan Fairuz Nizam Husain, Isterinya, Nova Safitri Azhari dan anak bongsu mereka Nur Firuza Annisa. Kesemua mereka menemui ajal dalam keadaan cukup tragis apa bila kenderaan yang di naiki mereka di rempuh oleh sekumpulan pelumba haram dari kelab Familia Myvi Club. Kes ini jelas mendapat liputan negara apabila tindakan jurucakap kelab berkenaan menafikan anggota mereka berlumba haram pada waktu kejadian. Ditambah pula mangsa tercampak keluar dari kereta dan kematian adik Nur Firuza Annisa yang baru berusia 7 bulan. Di fahamkan, sehingga artikel ini di tulis, kelab berkenaan masih tidak mengaku mengakibatkan kemalangan jiwa dan ada di antara anggota kelab mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan di laman-laman sosial. Jelas satu tindakan biadab dan amat kurang ajar.

    Tidak di nafikan di Malaysia ini terdapat banyak kelab automotif antaranya Satria Neo Club, Lanun Campro, Gen2 Club, Kancil Owner Club dan macam-macam lagi. Selepas kejadian menyayat hati in, timbul satu persoalan, adakah kewajaran kelab-kelab automotif ini di tubuhkan? Penulis melihat seperti dalam kes-kes yang lain, ada pro dan kontranya penubuhan kelab-kelab automotif ini. Semuanya bergantung kepada faktor kewujudan kelab ini dan hala tuju kelab. Ada beberapa kelab seperti Lanun Campro contohnya, mengumpul pemilik kereta Proton berenjin Campro dengan tujuan mewujudkan satu forum intelektual sesama ahli. Di samping itu terdapat beberapa faedah perkongsian alat ganti dan juga konvoi kemasyarakatan juga di wujudkan. Ini adalah contoh terbaik kelab automotif di wujudkan.

    Jadi pada penulis, bukan kelab yang harus di persalahkan. Pembawaan ketua dan ahli harus di selarikan. Penulis berpendapat, adalah wajar bagi Jabatan Pengangkutan malah beberapa kementerian mewajibkan kelab-kelab automotif ini berdaftar. Keseragaman mereka dapat di pantau dengan lebih jelas dan sekurang-kurangnya mereka boleh menjadi duta kepada keselamatan jalan raya. Jangan ulangi semula apa yang di lakukan FMC kerana kumpulan ini bagi penulis adalah merupakan kumpulan biadab dan langsung tidak bertanggungjawab. Mungkin juga kementerian wajar membuka semula beberapa litar supaya mereka-mereka yang "sangap" kepada kelajuan ini boleh berlumba dengan selamat dengan pemantauan.

    Al Fatihah kepada mangsa pembunuhan FMC ini. Semoga Allah menempatkan roh-roh kalian di Jannahnya. Kepada FMC, teruskan beretorik di laman sosial milik anda. Tiada ruang bagi kalian lepas dan jangan sewenang-wenangnya mengeluarkan ugutan kepada orang awam. Tidak kira anda di lindungi oleh siapa pun, Kalian kini sudah di anggap pembunuh dari kacamata masyarakat. Anda bukanlah Dominic Toretto, Brian Spilnner, Mia Toretto, Letty dan Owen Shaw. Kalian hanyalah pelumba picisan yang terdesak nak tunjuk jaguh.

     JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: KEWAJARAN KELAB AUTOMOTIF Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top