My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 10 May 2015

    CABARAN UNTUK NAJIB

    Bertempat di Tawau hari ini, Dato Seri Panglima Abdul Ghapur Salleh secara lantang mencadangkan Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO Malaysia, Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak supaya menyingkirkan mereka-mereka yang jelas berniat merosakkan keharmonian parti dan menjadi duri dalam daging. Bagi penulis ianya amat perlu di lakukan memandangkan pelbagai konflik dan persepsi timbul akibat perilaku tidak bermaruah sesetengah pemimpin yang merosakkan imej parti dan Presiden UMNO itu sendiri.

    Memetik kata-kata Haryaty Hamzah selaku Ketua Penerangan Puteri UMNO sebentar tadi, Perdana Menteri selalu di biarkan bersendirian dalm menghadapi sebarang serangan samada dari dalam mahupun luar UMNO. Sejak beliau menjawat jawatan tertinggi negara, terlalu banyak serangan tidak bertanggungjawab yang samada secara sedar mahupun tidak ianya merosakkan UMNO sedikit demi sedikit. Jika di lihat Perdana Menteri banyak mengikut arus yang di cadangkan oleh orang sekeliling beliau sehinggakan kadang kala menimbulkan tanda tanya. Tetapi kini Perdana Menteri sudah mula melakukan sesuatu mengikut kesesuaian pada situasi.

    Paling di ingati tindakan 5 orang Exco Pemuda UMNO yang jelas bertindak cuba menghasut Pemuda UMNO Negeri Johor supaya mengalih sokongan terhadap Perdana Menteri. Walaupun isu ini di bongkar, tetapi sehingga hari ini belum ada sebarang tindakan susulan di lakukan. Lebih menyedihkan, Lembaga Disiplin Parti seolah-olah menjadi Lembaga bisu yang tiada kuasa untuk menyiasat secara mendalam dan melaksanakan hukuman setimpal. Ini di tambah lagi dengan tindakan Khairy Jamaluddin seolah-olah senada dengan Rafizi Ramly dalam menghentam 1MDB dan Tabung Haji. Belum lagi usaha seorang ahli Veteran UMNO yang pernah menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed. Tindakan beliau yang berterusan mempertikaikan corak pentadbiran Perdana Menteri seolah-olah satu tindakan derhaka kepada pemimpin sedangkan beliau boleh bertemu secara bersemuka dengan Perdana Menteri. Ramai yang tertanya-tanya, apakah yang niat di sebalik serangan beliau?

    Orang-orang ini lah yang harus di beri perhatian oleh Perdana Menteri demi kelangsungan UMNO dan kerajaan yang ada kini. Tindakan agresif kadang kala perlu bagi membendung sebarang tindakan melulu orang-orang ini. Ramai yang memperkatakan menyayangi parti tetapi jika parti tanpa seorang ketua yang tidak di beri sokongan padu, mampukah parti bernafas dalam menentang sebarang serangan? Tepuk dada tanyalah selera. Jangan menjulang diri itu seorang pejuang tetapi asas perjuangan pun tidak mampu di fahami.

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: CABARAN UNTUK NAJIB Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top