My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 5 May 2015

    ROMPIN - BARISAN NASIONAL KEKAL BERKUASA

    Pilihanraya Kecil P091 Parlimen Rompin telah selamat di langsungkan dengan penuh jayanya. Menurut perangkaan yang dijangka oleh Suruhanjaya Pilihanraya menjangkakan seramai 80% daripada pengundi berdaftar akan keluar mengundi pada hari ini. Tetapi jumlah yang keluar mengundi agak rendah dari jangkaan, iaitu hanya sekadar 73% daripada 53,294 pemilih berdaftar.

    Setelah sepanjang hari teka-teki berlegar di seluruh Rompin dan Malaysia, akhirnya kemenangan sah milik calon yang mewakil Barisan Nasional, Datuk Hassan Arifin dengan memperolehi 23,796 dengan calon PAS, Ustaz Nazri Ahmad memperolehi 14,901 undi dengan majoriti sebanyak 8,895 undi. Kemenangan ini sudah di jangka kerana Parlimen Rompin merupakan kubu kuat Barisan Nasional sejak sekian lama.

    Sekalung tahniah di ucapkan kepada Datuk Hassan Arifin di atas kemenangan ini. Semoga kemenangan ini dapat menyerlahkan sokongan kepada kerajaan dari penduduk Rompin tanpa berbelah bahagi. Kepada Datuk Hassan, bermula esok, segala tugas dan janji yang telah di lafazkan harus mula di langsaikan. 3 tahun sebelum Pilihanraya Umum merupakan detik paling mencabar kepada calon yang menang. Kepada Ustaz Nazri, pilihan anda dengan mengetengahkan wakil PASMA pada setiap pentas ceramah anda termasuk menghentam perlaksanakan GST nyata tidak membantu anda. Sekali lagi tahniah di ucapkan.




    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: ROMPIN - BARISAN NASIONAL KEKAL BERKUASA Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top