Saturday, 9 May 2015

SENARAI LENGKAP KESULTANAN MELAYU PERAK

Hari ini sudah masuk hari ke 4 upacara Pertabalan Sultan Perak yang ke 35, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. Sebermula semalam, pasangan Di Raja ini berkenan untuk berangkat bagi menziarahi makam Sultan-Sultan dan pembesar dahulu Negeri Perak bagi menyempurnakan adat istiadat perlantikan Kebawah Duli Baginda Sultan. Di kesempatan ini sukalah penulis nukilkan serba sedikit sejarah Kesultanan Melayu Negeri Perak, antara institusi kesultanan kerajaan tertua di Malaysia.

Sewaktu Melaka di tawan tentera Portugis pada 24hb Ogos 1511, Sultan terakhir kerajaan Negeri Melaka, Sultan Mahmud Shah telah berundur sehingga ke Kampar, Riau dimana Baginda meninggalkan 3 orang anak, Raja Alauddin Riayat Shah (pengasas Kerajaan Johor Lama), Raja Mudzaffar Shah (Pengasas Kerajaan Negeri Perak kini) dan Raja Ahmad Shah (Penghulu Riau). Setelah pembunuhan cucuanda Raja Alauddin Riayat Shah, Sultan Mahmud oleh Bendehara Abdul Jalil sekitar 1699, maka tinggallah pewaris dari Raja Mudzaffar Shah selaku waris yang meneruskan legasi Kerajaan Negeri Melaka sehingga hari ini. Menurut beberapa kajian, Keris Taming Sari, keris lambang kehebatan Melayu dan Kerajaan Negeri Melaka sehingga hari ini di wariskan oleh Kesultanan Negeri Perak dimana Keris berkenaan hanya akan bermaustatin di Negeri Perak sehingga ke akhirnya di tangan Kesultanan Melayu Perak.


Berikut adalah senarai lengkap Nama-Nama Sultan Melayu di Negeri Perak sebermula dari Raja Mudzaffar Shah sehingga kini. Menariknya, menerusi Kesultanan Melayu Perak, ada di antara waris Raja Mudzaffar Shah menjadi Raja dan Sultan serta berkahwin dengan Sultan-Sultan dan Raja-Raja di Acheh, Siak, Inderapura (Pahang), Johor dan Selangor.

1            Sultan Mudzaffar Shah I          -   1528 - 1549

2            Sultan Mansur Syah I               -   1549 - 1577

3            Sultan Ahmad Tajuddin Syah  -   1577 - 1584

4            Sultan Tajul Ariffin                  -   1584 -1594

5            Sultan Alauddin Shah               -  1594 - 1603

6            Sultan Mukaddam Shah           -   1603 - 1619

7            Sultan Mansur Shah II             -   1619 - 1627

8            Sultan Mahmud Shah I            -   1627 - 1630

9            Sultan Sallehuddin Shah          -   1630 - 1636

10          Sultan Mudzaffar Shah II        -    1636 - 1653

11          Sultan Mahmud Iskandar Shah -  1653 - 1720

12          Sultan Alauddin Mughayat Shah - 1720 - 1728

13          Sultan Mudzaffar Shah III        -   1728 - 1752

14          Sultan Muhamad Shah              -   1744 - 1750

15          Sultan Iskandar Zulkarnain       -   1752 - 1765

16          Sultan Mahmud Shah II            -   1765 - 1773

17          Sultan Alauddin Mansur Shah Iskandar Muda -   1773 - 1786

18          Sultan Ahmaddin Shah             -   1786 - 1806

19          Sultan Abdul Malik Mansur Shah - 1806 - 1825

20          Sultan Abdullah Muadzam Shah   - 1825 - 1830 

21          Sultan Shahabuddin Riayat Shah  -  1830 - 1851

22          Sultan Abdullah Muhammad Shah I - 1851 - 1857

23          Sultan Jaafar Safiuddin Muadzam Shah -  1857- 1865

24          Sultan Ali Al-Mukammal Inayat Shah   -  1865 - 1871

25          Sultan Ismail Al-Muabidin Riayat Shah -  1871 - 1874

26          Sultan Abdullah Muhammad Shah II  -  1874 - 1877

27          Sultan Yusuf Sharifuddin Muzaffar Shah - 1877 - 1887

28          Sultan Idris Murshidul Azzam Shah I -  1887 - 1916

29          Sultan Abdul Jalil Nasruddin Muhtaram Shah - 1916 - 1918

30          Sultan Iskandar Shah                   -   1918 - 1938

31          Sultan Abdul Aziz Al-Mutasim Billah Shah    - 1938 - 1948

32          Sultan Yussuf Izzuddin Shah      -   1948 - 1963

33          Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah II -  1963 - 1984

34          Sultan Azlan Muhibbuddin Shah  -  1984 - 2014

35          Sultan Dr. Nazrin Muizuddin Shah  -  2014 – kini

Senarai ini tidak termasuk Tok Temong atau nama asalnya, Tok Perabu Tun Perak dimana Almarhum merupakan Pemerintah asal sebelum kedatangan Raja Mudzaffar Shah di Beras Beting Basah, Tanah Abang.

Daulat Tuanku
Daulat Tuanku
Daulat Tuanku

JSJM
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: SENARAI LENGKAP KESULTANAN MELAYU PERAK Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru