My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 14 May 2015

    SEJARAH PENUBUHAN 1MDB DAN APAKAH 1MDB

    Sejak akhir-akhir ini ramai rakyat Malaysia begitu trauma dan paranoid apabila di sebut tentang 1MDB. Tapi tahukah kalian apakah sebenarnya syarikat pembangunan milik kerajaan ini? Adakah ianya seburuk yang di sangka? Jadi untuk mnerangkan apa itu 1MDB, izinkan penulis membuka lembaran, Apakah itu 1MDB dan luangkan masa anda untuk memahaminya dari terus menerus mendengar pendapat yang salah berkaitan Syarikat PElaburan milik Kerajaan ini.

     Sejarah awal penubuhan 1MDB bermula sekitar Januari 2009, di mana Kerajaan Malaysia telah mengambil alih Lembaga Pelaburan Terengganu yang ditubuhkan pada 2008 dan seterusnya menjadikan lembaga itu sebagai sebuah syarikat berhad yang di aspirasikan dari slogan 1 Malaysia dan seterusnya di namakan 1 Malaysia Developement Berhad (1MDB)Pengambil alihan tersebut oleh Kerajaan bertujuan untuk melibatkan diri dalam sektor pelaburan sovereign wealth fund iaitu 1 perniagaan berkaitan pelaburan milik negeri atau negara. Kebiasaannya pelaburan yang dibuat melalui dana negeri atau negara adalah dalam sektor hartanah, saham, bon, tenaga dan sebagainya. Secara amnya, modal niaga untuk sovereign wealth fund ini adalah daripada dana keuntungan hasil komoditi negeri. 

    Lembaga Pelaburan Terengganu yang telah diambil alih oleh kerajaan pusat dan seterusnya di jadikan sebuah syarikat berhad dengan melibatkan diri dlm aktiviti pelaburan sovereign wealth fund daripada hasil royalti minyak negeri itu. Penasihat Lembaga Pelaburan Terengganu ketika itu ialah Jho Low. Ketika Lembaga Pelaburan Terengganu diambil alih oleh Kementerian Kewangan dan di jadikan 1MDB, LPT mempunyai cadangan portfolio dana pelaburan bernilai RM 1 billion dan cagaran nilai RM 6 billion hasil royalti minyak untuk mendapatkan dana pelaburan bernilai RM 5 billion. Secara dasarnya pengambil alihan Lembaga Pelaburan Terenganu oleh kerajaan pusat ini direstui oleh Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda, Yang Di Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin yang juga ketika itu adalah Sultan Terengganu.

    Siapakah Jho Low 

    Jho low merupakan penasihat Lembaga Pelaburan Terengganu pada 2008 ketika itu di era pentdabiran Tun Abdullah Ahmad Badawi. Jho low ialah anak kepada Datuk Low, pemilik MWE Berhad yang terlibat dalam sektor kontraktor engineering. Beliau adalah lepasan pelajar Universiti Amerika Syarikat dan berkawan baik dengan keluarga Di Raja Jordan dan beberapa Negara Arab yang mana hubungan ini terjalin sewaktu mereka belajar di universiti yang sama dengan beliau. Pada usia 20 tahun, Jho Low telah memiliki sebuah syarikat pelaburan bernilai USD $25 juta dan mempunyai rangkaian perniagaan berasaskan pelaburan yang agak kuat dan berpengaruh di Timur Tengah. Di atas faktor ini, Jho Low mendapatkan jawatan sebagai penasihat Lembaga Pelaburan Terengganu.

    Asas Perniagaan 1MDB

    Seperti sedia maklum, asas perniagaan 1MDB terdiri daripada 5 segmen pelaburan iaitu Sektor pelaburan, Sektor tenaga, Sektor hartanah, Sektor pelancongan dan Sektor pertanian. Melalui pelaburan dalam masa singkat, 1MDB telah berjaya dalam beberapa pelaburan di sektor hartanah antaranya : 

    1.Tun Razak Exchange (TRX)

    Tun Razak Exchange (TRX) ialah sebuah projek zon kewangan antarabangsa seperti mana Wall Street di New York, Singapura, Hong Kong, Dubai, Tokyo dan lain-lain lagi. Menerusi TRX, aktiviti perkhidmatan kewangan antarabangsa adalah perniagaan teras di zon ini.

    2. Bandar Di Malaysia

    Sebuah kawasan 162 hektar yang dahulunya Pengakalan TUDM Sungai Besi akan dibangunkan untuk Pusat Kewangan Islam Antarabangsa dengan rakan niaga utama ialah Qatar Investment Authority yang terdiri daripada Pusat Komersial, Perumahan Mewah dan sebagainya.

    3. Pelaburan dalam sektor tenaga IPP dan pelaburan IPP dalam jaringan SCORE di Sarawak.

    4. Aktiviti membawa pelaburan asing ke Malaysia dengan perkongsian modal melalui Petrosaudi Limited dan lain-lain lagi.

    Bagi memahami teras perniagaan 1MDB, ianya menyediakan sektor pembagunan strategik dimana ianya berasaskan penyedia infrastruktur kepada pelabur yang berminat untuk melabur di Malaysia dalam sektor kewangan, bon saham sukuk dan sebagainya. Keseluruhan tempoh fasa pembangunan 1MDB ialah selama 15 tahun dan ianya adalah 1 aktiviti pelaburan jangka panjang. Inilah yang membuatkan penulis jelas kesal dengan tanggapa negatif yang di lemparkan oleh Pembangkang dan juga Tun Dr Mahathir Mohamed.

    Peranan bebas 1MDB dalam pembangunan kepelbagaian infrastruktur ini secara jelas di politikkan oleh sesetengah pihak yang jelas tidak faham perjalanan sesebuah syarikat. Seperti penulis nyatakan sebelum ini, 1MDB memerlukan sekurang-kurangnya 15tahun untuk menampakkan hasil. Adalah amat malang bagi sesetengah rakyat Malaysia apabila melihat 1MDB satu lialibiliti tambahan bagi kerajaan tanpa memahami gerak kerja dan perjalanan 1MDB. Jelas sekali orang-orang seperti Khairy Jamaluddin, Rafizi Ramli dan beberapa orang yang sentiasa menjaja fitnah berkaitan 1MDB, tidak memahami imppian dan hasrat Perdana Menteri dalam membangunkkan serta menambah pendapatan Negara menerusi pelaburan jangka panjang. JELAS MENYEDIHKAN APABILA TERDAPAT RAKYAT MALAYSIA BERPENGARUH BEGINI...

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    1 comments:

    1. Apa kata u buat video animation n letak utube. Bagi org seronok tgk, baru senang paham. Sapa je nak baca artikel boring mcm ni. Xmembantu. Hanya pandangan

      ReplyDelete

    Item Reviewed: SEJARAH PENUBUHAN 1MDB DAN APAKAH 1MDB Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top