My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 23 May 2015

    APABILA KADUK NAIK JUNJUNG

    Sejak akhir-akhir ini kecoh memperkatakan tentang tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang mempertikaikan 1MDB dan kepimpinan Yang Amat Berhormat, Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Sewaktu pembentangan Perdana Menteri berkenaan Rancangan Malaysia ke 11 baru-baru ini, tindakan individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan satu rakaman video yang di percayai di rakam di sebuah majlis ILMU di sini jelas merupakan satu tindakan biadab dan tidak bertanggungjawab.

    Seperti sesuatu yang tidak kena apabila sudah dua kali tindakan sabotaj ini dilakukan. Kali pertama, sewaktu di ambang Pilihanraya Kecil Permatang Pauh di mana isu 1MDB dan Tabung Haji di mainkan sehingga mendorong Tabung Haji terpaksa menjual aset yang di beli di Tun Razak Exchange (TRX). Kali ini sebuah video yang dirakam secara curi seperti siap di edit. Jelas seolah-olah mempunyai maksud tersirat di saat kepimpinan Dato Seri Mohd Najib di serang samada dari dalam mahupun luar UMNO. Semua ini seolah-olah menjadi pendorong bagi kem Tun Dr Mahathir untuk berterusan menyerang Dato Seri Mohd Najib.

    Satu ketika dahulu, sewaktu Tun M memilih Tun Abdullah sebagai Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin di letakkan di Kementerian Pertanian, lokasi dimana pada zaman pemerintahan Tun Kementerian ini adalah Kementerian "pelupus" karier politik seseorang. Tetapi apa yang di lakukan Tan Sri cukup luar biasa apabila mampu menaikkan imej pertanian di Malaysia. Semua ini mendorong Dato Seri Mohd Najib melantik beliau selaku Timbalannya dan secara tiba-tiba karier politik beliau kembali meningkat. Tetapi kini, mungkin atas desakan dari Tun dan tertarik dengan jawatan Perdana Menteri, beliau agak berani menghentam kepimpinan Perdana Menteri.

    Jelas di sini Dato Seri Mohd Najib bukan sahaja berhadapan dengan asakan Pembangkang, tetapi juga berhadapan dengan golongan konvensional gerakan Tun M. Hanya sokongan dari rakyat sahaja yang masih menebal kepada beliau di saat Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, beberapa menteri kabinet beliau malah Timbalan beliau sendiri bertindak seolah-olah menentang beliau. Bagi penulis ianya seolah-olah kaduk naik junjung dan bagaikan gunting di dalam lipatan....

    JSJM

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: APABILA KADUK NAIK JUNJUNG Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top