My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 4 May 2015

    ROMPIN - JENTERA KEDUA-DUA PARTI BERMASALAH

    Esok merupakan hari penentuan, siapa yang akan memiliki kerusi Ahli Parlimen P091 Parlimen Rompin. Adakah kerusi ini kekal milik Barisan Nasional atau beralih arah kepada PAS. Jika di lihat dari sejarah silam, kerusi ini merupakan antara kerusi wajib menang Barisan Nasional sejak sekian lama. Majoriti 15,114 undi yang di perolehi oleh Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis merupakan antara majoriti terbesar serta di jadikan penanda aras sejauh mana penerimaan rakyat terhadap kerajaan yang ada kini.

    Pelbagai peristiwa menghiasi kempen di sini sejak 2 minggu yang lepas. Samada dari Barisan Nasional sendiri mahupun dari pihak PAS kedua-dua parti sebenarnya bermasalah dalam menguruskan kempen dengan lebih tersusun. Kedua-dua parti berhadapan dengan masalah dari gerakan Pemuda masing-masing serta jadual kempen yang tidak tersusun. Barisan Nasional berhadapan dengan tindakan bodoh dan pengkhianat dari 5 orang exconya sehingga mendapat kecaman dari seluruh pemain media pro Barisan Nasional dan UMNO. Manakala PAS pula berhadapan pemboikotan dar Pemuda PAS sendiri dimana ketuanya lebih memilih untuk berkempen di satu lagi Pilihanraya kecil P044 Permatang Pauh.

    Penulis di fahamkan, kedua-dua jentera parti ini mengambil tindakan sedemikian kerana tidak menyokong calon yang di tampilkan oleh parti. Pemuda UMNO sendiri seolah-olah memboikot calon Barisan Nasional, Datuk Hassan Arifin kerana calon berkenaan bagi mereka bukan calon dari kalangan Pemuda dan ada suara-suara nakal dari pemuda mengatakan, calon ini terlalu tua untuk mewakili Barisan Nasional. Di pihak PAS pula mereka tidak menyokong calon berkenaan kerana bagi mereka, calon sebelum ini, Nuridah Mohd Salleh selaku Ketua Dewan Muslimat PAS jauh lebih layak menjadi calon di sana. Dakwa Suhaizat lagi, calon PAS kini bukan orang yang berakhlak baik termasuk di dakwa sombong dan menggunakan pangkat beliau selaku Yang Di pertua PAS Rompin untuk melobi dirinya selaku calon di Rompin. Malah beliau sendir mengatakan PAS pasti tewas di Rompin kerana tanpa penglibatannya, terlalu tipis harapan calon PAS untuk memenangi Pilihanraya kali ini.

    Bagi penulis, apa pun kontroversi yang berlaku, penduduk Rompin sudah matang untuk memilih. Jangan kerana memarahkan sesuatu maka kesenangan dan kemudahan yang di nikmati kini di lupakan dan seterusnya memilih pembangkang yang tidak jelas hala tujunya. Sekurang-kurangnya kempen di Rompin bagi Barisan Nasional di selamatkan oleh kerja keras Pergerakan Puteri UMNO Malaysia yang di ketuai Zahida Zarik Khan dan di bantu oleh Haryaty Hamzah selaku penerangan Puteri dan kerja keras di lapangan oleh Pergerakan Wanita UMNO yang di ketuai Dato Seri Shahrizat Jalil dengan semua kerja kempen di ketuai oleh Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein. Mereka adalah tulang belakang kelancaran kempen Barisan Nasional di Rompin. Di pihak PAS, kebanyakan pemimpin utama yang datang seperti biskut. Sekejap Khalid Samad, sekejap Nik Abduh sekejap Mat Sabu. semua ini hanya turun berkempen untuk 1 2 malam sahaja. Selebihnya semua di uruskan sendiri oleh Ustaz Nazri selaku calon PAS di P091 Parlimen Rompin. Penulis mengucapkan selamat mengundi untuk seluruh warga Rompin dan nasihat penulis, pilihlah mereka yang boleh buat kerja, bukan mereka yang tidak tahu buat kerja tapi berlagak tahu buat kerja.

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: ROMPIN - JENTERA KEDUA-DUA PARTI BERMASALAH Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top