My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 5 May 2015

    ROMPIN - PILIHAN DI TANGAN PENGUNDI

    Esok, seluruh pemerhatian Negara akan tertumpu di sebuah daerah di Selatan Negeri Pahang yang di beri nama Rompin. seramai lebih 54,000 pemilih akan menunaikan tanggungjawab mereka sesuai dengan istilah demokrasi yang di amalkan oleh Negara. Esok juga adalah hari penentu samada penerimaan rakyat masih kekal mempercayai kepimpinan Barisan Nasional atau mahu berubah angin kepada kepimpinan PAS buat pertama kali dalam sejarah.

    Barisan Nasional mempertaruhkan Dato Hassan Arifin selaku calon. Menerusi pengalaman beliau yang pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Besar Pahang merupakan calon yang tidak perlu di perkenalkan lagi. Pemilihan Beliau oleh pucuk pimpinan parti merupakan pilihan bagi meneruskan kesinambungan yang di tinggalkan oleh Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis. Bagi PAS pula, pertaruhan Ustaz Nazri Ahmad yang merupakan Yang Di Pertua PAS Rompin pula adalah meraih majoriti yang lebih baik daripada yang di peroleh oleh Nuridah Mohd Salleh pada PRU yang ke 13 yang lepas. Faktor umur bukanlah sesuatu yang mempengaruhi polar pengundian pada kali ini.

    Apa yang di perjuangkan oleh Dato Hassan ialah meneruskan serta membawa angin kemajuan sampai ke Rompin. Di akui, peninggalan mantan Ahli Parlimen Rompin sebelum ini di akui oleh semua penduduk Rompin tidak kira apa kaum sekalipun. Kemampuan Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis membangunkan sebuah bandar baru di Muadzam menjadi bukti betapa kemajuan mampu di bawa
    ke Rompin menerusi Barisan Nasional. Di pihak PAS, suasana retorik terus di mainkan di mana slogan 1 Undi PAS 1 undi menolak GST terus di mainkan sehingga kini. Sepanjang penulis mengikuti kempen PAS, tiada janji di lontarkan untuk membaik pulih kehidupan warga Rompin. Cuma mainan isu semasa sahaja di mainkan tanpa rasa ingin membawa Rompin menjadi Daerah maju di Pahang.

    Warga Rompin. Pilihan di tangan kalian. Jika kalian pernah mempercayai Tan Sri Jamaluddin Jarjis dengan memberi mandat yang besar sebelum ini, adalah tidak mustahil kalian boleh memberi mandat yang sama kepada Dato Hassan Arifin. Usah kalian memperjudikan nasib untuk 3 tahun yang akan datang dengan memilih seorang yang langsung tiada insiatif dan motivasi membantu seluruh warga Rompin. Pilihan di tangan anda. Renung dahulu masa akan datang baru meletakkan undi. Usah terbuai dengan rasa marah dan benci. Kerana itu jelas tidak akan membantu kalian dan anak cucu kalian nanti. Penulis mengucapkan selamat mengundi pada semua Warga ROMPIN

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: ROMPIN - PILIHAN DI TANGAN PENGUNDI Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top