My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 10 May 2015

    DAKYAH MENGARUT SSKM


    Isu Sabah Sarawak Keluar Malaysia bukanlah perkara baru di dengar. Di Sabah, pergerakan yang di mulakan oleh Doris Jones (secara pengecutnya tinggal di London) dengan di bantu oleh beberapa bekas pemimpin "sampah" menjadikan keadaan sedikit tegang. Di Sarawak pula, nama Lina Soo selaku Presiden Pertubuhan Aspirasi Rakyat Sarawak, menjadi sebutan. Menariknya, kedua-dua mereka adalah berketurunan Tionghua dan ahli DAP seumur hidup. Malah lebih melucukan, mereka bukanlah datang dari kaum bumiputera dimana hak yang di tuntut oleh mereka sebenarnya hanya topeng kepada hak mereka yang langsung tidak pernah wujud. Selepas Doris Jones mendakwa Perjanjian Malaysia 1963 tidak sah, terkini Lina Soo pula melaungkan nada yang sama. Apa yang mereka cari dan inginkan?

    Dalam banyak propaganda yang mereka keluarkan, ancaman Sabah Sarawak keluar dari Persekutuan Malaysia bukanlah perkara baru di dengar. Sejak sekian lama propaganda ini berlegar dan pada mulanya di anggap tidak mendatangkan ancaman. Sewaktu serangan pengganas Sulu di Kampung Tanduo sekitar 2 tahun lepas,, ancaman sebegini mula di beri perhatian dengan serius. Di tambah pula dengan campur tangan politik dari pembangkang di Semenanjung, propaganda sebegini semakin menular di kalangan penduduk generasi X dan Y di bumi Borneo. Alasan utama yang di utarakan mereka ialah ketidak adilan pembahagian hasil bumi dan royalti yang di terima Borneo berbanding Semenanjung. Malah menerusi kenyataan Lina Soo, beliau mendakwa, perjanjian Malaysia 1963 adalah tidak sah menerusi undang-undang antarabangsa dan melanggar United Nations Decolonisation 1960 (Sesuatu yang begitu asing pada telinga penulis). Apakah alasan utama mereka kononnya perjanjian ini tidak sah? Berikut adalah alasan yang di utarakan oleh Lina Soo :
     
    1. Perkara 18 Sarawak Perjanjian Malaysia 1963 tidak sah dan ditolak Malaya melalui tempoh 51 tahun dan kegagalan menghormati perjanjian itu, Perjanjian penyatuan Malaya, Sarawak dan Sabah sebagai satu negara melanggar tatacara undang-undang antarabangsa, yang menyatakan hanya negara merdeka boleh menyertai perjanjian antarabangsa. Bagi penulis, sebelum 1963, Sarawak di tadbir oleh Kesultanan Brunei kemudian di serahkan kepada pentadbiran Brooks (Rajah Brooks) manakala Sabah di tadbir oleh Syarikat Hindia Timur. Menurut piagam PBB 1947, sebarang penyatuan antara wilayah dengan sesebuah Negara adalah tertakluk kepada persetujuan bersama. Dalam konteks ini Sabah, Sarawak dan Singapura pada masa berkenaan merupakan masih tanah jajahan. Jadi istilah Negara bagi Sabah, Sarawak dan Singapura adalah sesuatu yang dangkal kerana tiada istilah negara sebelum 1963.

    2. Perjanjian Malaysia 1963 tidak ditandatangani antara lima negara merdeka, namun disertai antara dua negara bebas – United Kingdom dan Persekutuan Tanah Melayu – dengan negara separuh koloni Singapura dan dua koloni Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak. Dakwaan ini juga pada penulis berkait rapat dengan dakwaan pertama. Memanipulasikan kewujudan The Land of Queen Ratu di United Kingdom dan kemerdekaan mutlak Malaya. Untuk makluman, selepas 1957, istilah Persekutuan Tanah Melayu tidak di gunakan lagi melainkan nama Rasminya, Malaya.

    3. Individu yang menandatangani untuk Sarawak – P. E. H Pike, Tun Jugah, Abang Haji Mustapha, Ling Beng Siew dan Abang Haji Openg tidak mempunyai mandat rakyat Sarawak, kerana masih lagi menjadi koloni tanpa wakil kerajaan. Seperti kita ketahui, beberapa nama yang di sebut oleh Lina Soo merupakan wakil penduduk di Sarawak. Mereka bukan di lantik oleh mana-mana Kerajaan melainkan mereka di lantik oleh penduduk asal Sarawak itu sendiri. Atas alasan apa nama-nama yang di sebutkan di atas tidak mempunyai mandat dari penduduk negeri Sarawak? 

    4. Perjanjian Malaysia 1963 telah melanggar Konvensyen Vienna berkenaan Law of Treaties Customary International Law, 1980 (VCLT 1980). Perjanjian Malaysia 1963 melanggar Artikel 5, United Nations Decolonisation Declaration 1960 (UNDD 1960) apabila Britain dan Malaya merancang untuk memindahkan kemerdekaan koloni Borneo kepada Malaysia melanggar Artikel 5 UNDD 1960, kerana gagal memindahkan kesemua kuasa kepada rakyat dan penafian untuk kebebasan mutlak. Menurut UN Charter on Self-Determination, Malaya sebagai kuasa bebas, tidak mempunyai hak perundangan, mandat atau kuasa mencampuri hubungan Borneo. Manakala Britain telah pecah amanah apabila gagal menghormati Cession Treaty 1946 untuk memastikan kemerdekaan Sarawak ketika rakyat negeri itu bersedia untuk mentadbirnya. Asas pembentukan Malaysia, Suruhanjaya Cobbold dan United Nations Assessment Mission tidak dilakukan dengan sempurna di mana Suruhanjaya Cobbold hanya bertemu 4,000 penduduk Sabah dan Sarawak dengan populasi 1.2 juta dan mendakwa menerima 2,200 memo dan surat daripada orang ramai “bukti kecil” menunjukkan bantahan terhadap pembentukan persekutuan, meskipun ribuan membantah di Sarawak dan penahanan pemimpin anti Malaysia termasuk pengharaman akhbar Cina pada masa itu. Perjanjian Perjanjian Malaysia 1963 masih lagi sah meskipun ia seharusnya terbatal apabila pemisahan dengan Singapura pada 1965 berlaku tanpa persetujuan semua pihak termasuk tanpa rundingan dengan Sabah dan Sarawak sekaligus berlakunya selepas itu pemindaan Perlembagaan Persekutuan pada 27 Ogos, 1967 untuk mengubah status Sarawak dan Sabah sebagai negeri ke-12 dan ke-13.

    Dalam hal di atas, soalan mudah untuk Lina Soo, kenapa selepas 23 tahun perjanjian itu di tandatangani baru memikirkan untuk menggunakan Konvensyen Vieanna berkaitan Law of Treaties Customary Internastional Law (1980)? Harus di ingat, Sarawak bukan di tadbir oleh Pentadbiran United Kingdom sebaliknya Sarawak pada masa berkenaan di tadbir oleh Charles Brooks, Rajah Putih terakhir di Sarawak. Atas alasan apa (jika benar wujud UNDD 1960) Sarawak terikat dengan perjanjian ini sedangkan Sarawak tidak pernah di iktiraf sebagai sebuah negara melainkan sebuah wilayah yang menjadi rebutan Indonesia, Sulu dan Brunei? Yang jelas di sini, Sarawak jelas BUKAN menjadi tanah jajahan United Kingdom cuma campur tangan United Kingdom hanya sekadar membantu dan kuasa negara berkenaan di dalam PBB pada masa berkenaan, sesuai dengan tarafnya sebagai sebuah negara yang bebas tanpa dapat di takluk.

    Berkenaan Suruhanjaya Cobbold dimana suruhanjaya ini bergerak menemubual penduduk Sarawak bagi bertanyakan persetujuan mereka terhadap penggabungan ini. Benar dakwaan Lina Suruhanjaya ini bertemu kira-kira 4,000 orang dan mendapat kira-kira 2,200 bantahan. Melucukan, perlukah Suruhanjaya Cobbold menemubual 1.2 Juta penduduk untuk memastikan penyatuan sedangkan masa yang di peruntukkan kepada mereka hanya 6 bulan? Apa yang di lakukan oleh Suruhanjaya Cobbold ini, mereka menjelajah hampir setiap pelusuk negeri bertemu dengan Ketua Kaum di sana. Bukankah ini lebih mudah? Malah di setiap tempat, wakil Suruhanjaya Cobbold ini menetap sehingga 3 hari di sesetiap kawasan yang di singgahi untuk mendengar pendapat dan mendapat persetujuan. Sepanjang 6 Bulan Suruhanjaya Cobbold berada di sana, benar terdapat 2,200 surat bantahan. Soalan mudah. Adakah 2,200 surat ini mencerminkan 1.2 juta sedangkan 4,000 wakil atau ketua kaum yang di temui bersetuju dengan pembentukan Persekutuan Malaysia?

    Bersambung

    Sumber

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: DAKYAH MENGARUT SSKM Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top