My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 10 May 2015

    PENGAJARAN DI PERMATANG PAUH

    Kerusi P044 Permatang Pauh baru sahaja di sahkan milik Parti Keadilan Rakyat menerusi calon recyclenya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dengan majoriti 8,441 undi, agak merosot berbanding Pilihanraya Umum yang lepas. Perlu di akui, pengundian kali ini jelas antara paling sengit dan agresif yang pernah di saksikan sepanjang negara mengamalkan sistem demokrasi sejak sekian lama.

    Menariknya, di sebalik kempen sepanjang 12 hari dan hari pengundian yang penuh tegang, peratus yang hadir menunaikan tanggungjawab mereka di Permatang Pauh hanya sekitar 73.88%, hampir setara dengan Pilihanraya kecil P091 Parlimen Rompin malah jauh lebih rendah berbanding Pilihanraya sebelum ini. Ini menampakkan jentera PAS di sana jelas memboikot calon PKR kali ini walaupun ada cubaan u-turn di lakukan oleh Pemuda PAS Permatang Pauh. Ini menampakkan PAS sendiri tidak sepakat dengan PKR berhubung calon dan bantahan PKR berhubung perlaksanaan hukum Hudud di Kelantan. Menarik bukan?

    Di pihak Barisan Nasional, di sebalik wajah baru yang berkaliber serta matang yang di calonkan kali ini, jelas masih ada penolakan di kalangan penduduk Permatang Pauh terhadap Barisan Nasional. Berbeza di Rompin yang hampir setiap hari PAS memomokkan penduduk Rompin dengan isu GST dan 1MDB, Permatang Pauh di sebalik tindakan agresif dan menggila, mereka lebih berminat mendengar isu nasional berbanding isu setempat. Bagi penyokong pembangkang, tidak kiralah apa isu yang cuba di bawa oleh Barisan Nasional, bagi mereka DAP mampu memelihara kebajikan mereka dan mereka jelas sudah memahat di hati mereka untuk menolak Barisan Nasional walau dengan apa cara sekalipun. Seumpama, andai batang pisang di pacak bendera PKR sebagai calon sekalipun, mereka tetap memangkah PKR berbanding Barisan Nasional.

    Usaha tanpa henti calon Barisan Nasional mendekati pengundi menampakkan hasil apabila jumlah undi yang di terima calon berkenaan mampu menyamai apa yang di perolehi ketika pilihanraya yang lepas. Cuma di kesalkan masih ada yang menyokong secara membabi buta tahap kebolehan calon yang akan mewakili mereka untuk 3 tahun yang akan datang. Wan Azizah sendiri sudah terbukti gagal di Kajang dan tindakan beliau bertanding di Permatang Pauh hanyalah sekadar menjadi pengganti seketika untuk kerusi warisan Keluarga Anwar Ibrahim ini.

    Bagi Penulis, apa yang boleh di pelajari di Permatang Pauh, usah terlalu yakin angin perubahan akan menjelma jika keadaan parti sendiri masih belum stabil. Permatang Pauh bukan mengutamakan kepentingan setempat mereka. Tetapi mereka jelas lebih berminat tentang isu nasional. "Jenama" PKR sebenarnya sudah cukup menebal di dalam sanubari mereka dan inilah yang harus di tekankan Barisan Nasional pada masa akan datang. Bukan mustahil untuk menawan kembali Permatang Pauh. Tetapi kadang kala kita harus melihat semula peristiwa Sultan Muhammad Al Fateh sewaktu persiapan baginda mahu menawan Konstantinople. Perkemaskan semula jentera bermula hari ini, dekati pengundi generasi X dan Y serapat mungkin, terus berkhidmat pada masyarakat dan paling utama menjawab segala persoalan yang timbul dengan tepat dan pantas. Usah menunggu sehingga pilihanraya hampir menjelang baru hendak menjawab persoalan. Waktu itu sentimen kebencian kepada Barisan Nasional sudah semakin menebal dan sukar untuk di kikis.

     JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: PENGAJARAN DI PERMATANG PAUH Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top