My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 1 May 2015

    HIMPUNAN BATAL GST - OKU DI PERGUNAKAN UNTUK MENGGULINGKAN KERAJAAN?

    Himpunan Batal GST yang di langsungkan di KLCC hari ini bukan sekadar satu himpunan bagi membantah GST. Malah Himpunan ini juga mendesak pengunduran Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Mohd Najib Tun Razak kerana di dakwa gagal membawa Malaysia lebih maju dan makmur.

    Lebih mengecewakan, penganjur juga mempergunakan Orang Kelainan Upaya (OKU) bagi meraih simpati peserta dalam protes mereka. Dengan menghimpunkan kira-kira 12 orang OKU, wakil mereka jelas mengapikan peserta dengan hujah yang tidak masuk akal antaranya Kerajaan sekarang telah menarik semula subsidi terhadap OKU walhal dalam setiap pembentangan bajet, kerajaan tidak pernah melupakan golongan ini dengan memperuntukkan bajet yang agak tinggi bagi golongan ini.

    Menerusi rakaman video yang penulis sertakan ini, golongan OKU yang hadir seolah-olah melupakan jasa kerajaan dalam menjaga kebajikan mereka. Lebih mengharukan, wakil mereka mahu mengadakan mogok lapar selama sebulan bagi mendesak kerajaan memansuhkan GST. Hasutan dia juga harus di beri perhatian serius apabila mengajak peserta menggulingkan kerajaan walaupun di "hiasi" dengan perkataan demokrasi.


    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: HIMPUNAN BATAL GST - OKU DI PERGUNAKAN UNTUK MENGGULINGKAN KERAJAAN? Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top