My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 13 May 2015

    13 MAY - TITIK HITAM NEGARA

    Esok merupakan ulangtahun ke 45 peristiwa hitam dalam sejarah penubuhan Malaysia. Detik yang tidak akan pernah walau sekali pun dapat di padam di dalam memori setiap rakyat Malaysia samada yang lahir sebelum mahupun selepas merdeka. Tanyalah sesiapa pun, pasti peristiwa hitam ini kekal terpahat di setiap minda tidak kira apa pun kaum mahupun agama. Peristiwa pertelagahan kaum ini hampir memusnahkan negara yang baru lahir ke dunia. Semua ini berlaku akibat perasaan terlalu gembira meraikan keputusan pilihanraya umum pada 10hb Mei 1969. Boleh dikatakan punca segala permasalahan ini berlaku akibat tindakan Democratic Action Party (DAP) hasil dorongan People's Action Party (PAP) Singapura mempertikaikan Hak istimewa orang Melayu, Bahasa Kebangsaan, hak mereka yang bukan bumiputera dan hak kerakyatan mereka yang bukan Melayu dalam setiap kempen yang mereka lakukan. Hasilnya, Parti Perikatan gagal mendapat majoriti 2/3 seperti sebelumnya dan pada tanggapan DAP, ini adalah kemenangan moral bagi mereka bagi melemahkan genggaman Bangsa Melayu dalam arena Politik Malaysia.

    Pada 11hb Mei 1969, hasil daripada kemenangan besar Pembangkang (DAP) (walaupun sebenarnya tewas dalam pilihanraya berkenaan), mereka memulakan perarakan di sekeliling Kuala Lumpur. Pada mulanya perarakan mereka hanya sekadar meraikan kemenangan mengejut mereka hasil daripada propaganda mereka. Tetapi semua ini mula berubah bila ada sebilangan peserta perarakan mula menjerit "mati Melayu, Melayu Bangsat, Kami punya kerajaan sekarang" dan macam-macam lagi. Ini sedikit sebanyak membangkitkan rasa kurang senang di kalangan penduduk terutama mereka yang tinggal di Kampung Baru dan lain-lain kawasan Melayu. Perarakan ini mula menjadi llebih serius pada 12hb Mei 1969 bila mana tindakan penyokong DAP dan GERAKAN mula membawa penyapu sebagai simbol Melayu keluar daripada Kuala Lumur. Malah ada yang membawa sepanduk mengapikan keadaan ini. Walaubagaimanapun, GERAKAN akhirnya memohon maaf kepada Dato Harun Idris, Menteri Besar Selangor pada waktu itu atas ketelanjuran penyokong mereka memprovok orang Melayu. Sebagai reaksi balas, Dato Harun mengumumkan akan mengadakan perarakan untuk meraikan kemenangan UMNO pada 13hb Mei 1969 dan mampu membentuk kerajaan di sebalik kegagalan memperolehi majoriti 2/3 undi. Menariknya, perarakan dari DAP ini mendapat kebenaran pihak polis walaupun terdapat unsur provokasi.

    Seperti yang di rancang, ramai orang Melayu berkumpul di perkarangan kediaman Dato Harun di Kampung Baru. Alangkah terkejutnya Dato Harun apabila mereka yang berkumpul telah membawa pelbagai senjata dan hanya menunggu arahan Dato Harun untuk mengamuk. Sewaktu Dato Harun baru sahaja berucap bagi mententeramkan keadaan, kehadiran 3 orang penduduk dari Setapak menaikkan semangat orang melayu di situ. Jeritan "Orang Melayu di bunuh di Setapak" telah membuatkan semua yang ada di situ mengamuk (terdapat cerita mengatakan seorang wanita melayu yang mengandung 7 bulan dibunuh di mana anak dalam perutnya di keluarkan dan mayatnya di gantung di jejambat di setapak). Walaupun Dato Harun menjerit memohon mereka yang hadir bertenang, tetapi seruan ini jelas tidak lagi di pedulikan mereka. Hasilnya, 2 pemuda cina maut di pancung, sebuah van rokok hancur dimana pemandunya berbangsa cina turut di bunuh. Pada masa yang sama, pemuda Cina bersekongkol dengan Parti Komunis Malaya (PKM) dan Persatuan Kongsi Gelap bertindak menyekat dan membunuh sewenang-wenangnya orang Melayu yang melintas di kawasan mereka. Paling menyayat hati apabila 186 nyawa orang Melayu maut di Pawagam Odeon di Jalan Tunku Abdul Rahman, apabila pemuda Cina masuk kepanggung dan menyerang sewenang-wenangnya orang Melayu di sana.

    Berikutan keadaan yang semakin tidak terkawal, Kerajaan terpaksa mengumumkan perintah darurat dan pasukan FRU dan Ranjer mengambil tugas untuk mengawal keadaan Kuala Lumpur ketika itu. Tetapi, pasukan Ranjer yang terdiri daripada Melayu, Cina, India, Sikh, Iban dan Gurkha telah menembak sesiapa sahaja orang Melayu yang berlegar sewaktu perintah darurat di kuatkuasakan. Ini membangkitkan kemarahan orang Melayu setelah mengetahui ketua pasukan Ranjer berkenaan berbangsa Cina. Akibat berasa mereka terkepung, beberapa orang Melay bertindak memerangi ranjer yang selain dari bangsa Melayu. Akibat daripada ini, kurang daripada 24 jam kemudian, pasukan Ranjer berkenaan di undurkan dan tempat mereka di ambil alih oleh Rejimen Askar Melayu Di Raja. Kejadian di Panggung Odeon merupakan kemuncak pada keganasan ini dan permohonan maaf daripada Yeoh Teck Chye selaku Presiden Gerakan pada 13hb Mei berkenaan jelas tidak membantu meredakan keadaan. Manakala Lim Kit Siang selaku Ketua bagi DAP sehingga kini tidak pernah walau sekalipun memohon maaf.

    Tujuan penulis menyingkap serba sedikit kejadian 13hb Mei 1969 ini bukan mahu membibitkan semula api perkauman di Malaysia. Tetapi penulis jelas melihat Malaysia kini sedang menuju dengan derasnya kearah peristiwa ini. Perpaduan Bangsa Melayu kini jelas semakin menjauh. Selama hampir 40 tahun Bangsa Melayu membenci bendera DAP tetapi kini ada anak Melayu sanggup menjadi barua mereka. Selama hampir 40 tahun Bangsa Melayu, Cina dan India dapat rapat kembali membangunkan Malaysia. Tetapi kini Bangsa Cina sudah kembali mahu menjadi ketua semula. Lebih menyedihkan ada usaha-usaha liar dari DAP melagakan Bangsa India dengan Melayu dengan mendakwa pemerintah Melayu sudah lama menjadikan Bangsa India ssebagai "hamba" di bumi Malaysia. Ini tidak betul dan amat-amat merbahaya. Tiada apa yang penulis harapkan selain penyatuan semula ANAK BANGSA MELAYU dan kita kembali semula kepada slogan 1 Malaysia. Kita adalah sebuah negara paling unik di dunia. Jangan di sebabkan kuasa kita hanyut dan tindakan kita merosakkan Malaysia yang kita sayangi. DAP, berhenti daripada memainkan sentimen perkauman anda kerana ini jelas tidak membantu melainkan menaikkan agenda Republik kalian.

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 13 MAY - TITIK HITAM NEGARA Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top