My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 14 May 2015

    1MDB - DIMANA SILAPNYA?

    Kebelakangan ini 1MDB selalu di tafsirkan seumpama sebuah perniagaan yang mengejar projek tetapi selalu kandas di pertengahan jalan. 1MDB selalu di jadikan kambing hitam oleh pemain perniagaan malah selalu di burukkan imejnya oleh pihak pembangkang di Malaysia. Jika tadi penulis telah membuka lembaran apa itu 1MDB dan sejarah penubuhannya, kali ini penulis menyingkap serba sedikit kenapa 1MDB selalu di jadikan punca permasalahan malah di jadikan senjata oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab dalam menyerang Perdana Menteri Malaysia.

    Seperti sedia maklum, 1MDB merupakan salah satu syarikat milik kerajaan yang menjalankan pelbagai jenis perniagaan samada dalam bidang hartanah mahupun perlancongan. Ini menjadikan 1MDB sebagai sebuah syarikat konglemerat terbesar di Malaysia dimana semua bahagian keuntungan hasil pelaburannya akan menjadi milik kerajaan sepenuhnya. Di sinilah puncanya kenapa 1MDB selalu di jadikan kambing hitam dalam melemahkan komposisi Perdana Menteri. Seolah-olah 1 lialibiliti besar bagi kerajaan yang ada kini.

    Jika di fahami perjalan perniagaan 1MDB, ianya lebih kepada bersifat pelaburan jangka panjang. Malah hasilnya kebiasaan akan di perolehi selepas 4 ke 5 tahun selepas sesuatu perlaburan di lakukan. Masalah di sini, sifat mahu keuntungan segera dalam satu-satu perniagaan yang merosakkan segala perancangan. Contoh mudah apa yang di alami oleh Tabung Haji baru-baru ini. Andai di beri peluang Tabung Haji melaksanakan apa yang di rancang, tidak mustahil situasi menang-menang akan di capai antara Tabung Haji dan 1MDB. Akan tetapi, campur tangan mereka-mereka yang jelas tidak bertanggungjawab merosakkan segalanya.

    Menerusi 1MDB juga segala pembangunan negara akan di pantau terus oleh pihak kerajaan dimana sistem open tender bagi sesetengah pembangunan hartanah sedikit demi sedikit akan di mansuhkan. Ini bermakna, mereka yang berdaftar terus dengan 1MDB sebagai pemaju mempunyai peluang cerah untuk memperolehi tender berkenaan, di mana penulis di fahamkan, peluang ini di beri keutamaan kepada mereka yang mempunyai modal kapital yang kukuh serta orang bumiputera. Di sini kita dapat melihat bagaimana pemain hartanah yang majoritinya bangsa Cina akan mulai merasa tersepit dengan sistem baru yang di terapkan oleh kerajaan. Jadi untuk mengatasi semua ini, pihak pembangkang menerusi DAP dan puppetnya PKR mula menghentam kerajaan dengan menghasut rakyat membenci 1MDB. Dengan tiada penjelasan khusus apa yang di lakukan 1MDB kepada rakyat maka impak hasutan ini menjadikan setiap apa yang di lakukan oleh 1MDB nampak janggal dan tidak betul.

    Bagi penulis, sebagai kerajaan yang bertanggungjawab terhadap pembangunan negara, manakan mungkin kerajaan mahu memesongkan wang untuk pembangunan negara kepada perkara yang tidak berfaedah. Kita sekarang menuju kearah negara maju pada tahun 2020. Misi dan visi ini di cetuskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamed dahulu dan sesuatu yang amat janggal bilamana Tun sendiri mempertikaikan pembangunan berteraskan perniagaan berbanding pembangunan berteraskan modal kerajaan seperti yang beliau amalkan sewaktu pemerintahannya. Jika konsep perniagaan jangka panjang ini tidak di fahami dengan betul, maka lahirlah serangan dan persepsi negatif terhadap apa yang di rancangkan oleh kerajaan. 1MDB kini sedang di audit oleh PAC dimana 2 pengauditan sebelum ini mendapati tiada salah laku atau penyelewengan yang berlaku. Jika ini tidak dapat di terima rakyat (Dimana lebih suka mendengar gosip murahan dari menerima fakta tepat) maka walaupun di tubuhkan Suruhanjaya Di Raja menyiasat 1MDB sekalipun tiada gunanya. Bukakan mata dan telinga, lapangkan fikiran, renungkan semula penulisan yang tidak seberapa ini.

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 1MDB - DIMANA SILAPNYA? Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top