My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 13 May 2015

    LIM GUAN ENG EMPEROR DI HONG KONG?

    Ketika Rakyat di Pulau Pinang terutama Bangsa Melayu semakin hilang pemilikan tanah di perkampungan Melayu di sana, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bermegah dengan kereta mewahnya di Hong Kong. Memetik maklumat yang di terima sebentar tadi, sebuah kereta mewah dengan nombor plat khas "PENANG" berwarna kuning di gunakan khas Ketua Menteri Pulau Pinang di sana. Penulis amat terkejut dengan beberapa keping gambar yang di sertakan bagi membuktikan kebenaran dakwaan berkenaan.

    Mengikut siasatan dan maklumat diperolehi dari sumber, pemilik kereta ini membayar sejumlah HK$ 5,000 untuk memperoleh nombor khas berkenaan pada 9 April 2012. Tetapi beliau menggunakan nama warga tempatan di percayai mempunyai talian kekeluargaan dengannya di sana. Kereta mewah dengan nombor plat "PENANG" ini disediakan khas untuk kegunaan Ketua Menteri Pulau Pinang oleh Kerajaan Hong Kong apabila beliau ke sana. Persoalan penulis, adakah kereta ini di sediakan oleh kerajaan Hong Kong atau beliau berurusan sendiri di sana dengan berbelanja semahunya apabila berkunjung ke Hong Kong?

    Adakah Lim Guan Eng berpewatakan seperti "emperor" di Hong Kong dengan gahnya bernombor plat PENANG berwarna kuning? Ketika seluruh rakyat Pulau Pinang di himpit denga kepelbagaian cukai yang semakin melambung (kadang kala mengarut seperti cukai katil), lagak gayanya tidak mencerminkan kerajaan berkebajikan seperti yang beliau war-warkan sebelum ini. 



     JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: LIM GUAN ENG EMPEROR DI HONG KONG? Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top