My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 23 May 2015

    KRISIS ROHINGYA-DIMANAKAH PUNCANYA

    Rohingya, satu etnik yang kini menjadi sebutan dunia. Etnik yang mendiami kawasan Rakhne di sempadan Bangladesh ini dikenali sebagai Benggali oleh warga tempatan Myanmar dan majoriti etnik ini beragama Islam. Ramai yang tertanya-tanya, kenapa nasib mereka begitu malang di tanah kelahiran mereka sendiri dan kerajaan Junta Myanmar dan memilih untuk keluar dari Rakhne dan bertarung nasib di tengah laut merantau keluat dari Rakhne?

    Boleh dikatakan semua ini berpunca dari seorang sami Budha yang bernama Ashin Wirathu dan dasar tidak peduli kerajaan Myanmar terhadap nasib etnik minoriti yang mendiami Myanmar. Persoalan paling besar, siapakah Ashin Wirathu? Dilahirkan pada 1968 dan hanya bersekolah sehingga berumur 14 tahun, beliau memilih untuk menjadi sami Budha di tempat kelahirannya. Bertitik tolak daripada kebencian terhadap jirannya yang beragama Islam, beliau menyebarkan ajaran kebencian terhadap agama lain selain Budha. Penglibatan ekstimisnya bermula pada tahun 2001 sewaktu beliau menubuhkan gerakan anti Islam yang di beri nama kelompok 969. Menerusi kumpulan inilah pembunuhan Muslim besar-besaran berlaku dengan menyaksikan 121 orang maut angkara penghapusan etnik yang mula dilakukannya. Akibat dari tindakannya, pada tahun 2003, beliau di hukum penjara 25 tahun atas hukuman mencetuskan huru hara di Myanmar.

    Akan tetapi pada 2010, beliau dibebaskan oleh junta di saat dunia meraikan pembebasan ikon demokrasi Myanmar, Aun San Su Kyi (Ashin merupakan pengikut Aun San sejak sekian lama) bersama tahanan politik yang lain. Memandangkan peraturan Kerajaan Myanmar yang lebih terbuka kepada dunia luar, Ashin dilihat semakin aktif dalam menyemai kebencian terhadap penganut Islam menerusi pelbagai medium antaranya menerusi Media Sosial. Ashin pernah di kesan menyampaikan amanat kepada pengikutnya di laman media sosial Facebook dan Youtube dan menerusi pemerhatian penulis, sehingga artikel ini di tulis, beliau berjaya mengumpul seramau 37,500 pengikut.

    Pada tahun 2012, inilah ketika pertumpahan besar-besaran antara Etnik Rohingya dan pengikut agama Budha di Rakhne. Pada waktu berkenaan, Ashin dengan lantang menyeru warga Budha membunuh dan menghapuskan Entik Rohingya beragama Islam dari bumi Myanmar kerana kononnya bumi Myanmar hanya untuk warga Budha dan penganut Islam langsung tidak di perlukan di mana tanah Myanmar. Dalam siri ceramah yang di lakukan, Ashin Wirathu menyebarkan ajaran kebencian dalam setiap ceramahnya. Dia selalu menyasar komuniti Islam patut di halau keluar dan pembersihan etnik perlu dilakukan agar Budha sentiasa merestui bumi Myanmar. Menariknya, beliau mendakwa orang Islamlah yang memulakan permasalahan ini dengan mengambil contoh mudah pengganas Islam di Afghanistan. Dengan ugutan sebegini Ashin mampu menarik sokongan ramai pengikut Budha dan warga mudanya dalam memerangi warga Rohingya

    Ashin juga mendesak kerajaan mengharamkan penghijrahan agama dari Budha ke Islam samada menerusi perkahwinan mahupun penghijrahan biasa. Menariknya, boleh dikatakan tiada langsung tindakan keras dari Kerajaan Myanmar meskipun mereka sedar pengaruh Ashin telah melakukan pembunuhan etnik dengan sewenang wenangnya. Jika di tanya kepada warga Rohingya, siapakah yang di geruni mereka di Rakhne, jawapan mereka sama, Pengikut Budha pimpinan Ashin Wirathu. Dilindungi oleh mereka yang berkuasa di Myanmar, tidak mustahil pembantaian etnik ini akan kekal berterusan selagi tiada tindakan tegas dalam melindungi Etnik Rohingya dari terus di tindas.

    JSJM

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: KRISIS ROHINGYA-DIMANAKAH PUNCANYA Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top