.jpg)
Menerusi penulisan yang tidak seberapa ini, sukalah penulis menghuraikan serba ringkas, apakah itu GST dan hal-hal berkaitan dengan GST dari pemahaman penulis. Semoga ini sedikit sebanyak membantu pembaca mengenali apa itu GST dari terus menerus menghentam.
Apakah itu
GST?
.jpg)
Kenapa
kerajaan melaksanakan GST, Apa sistem cukai SST tidak bagus?
Pada
sebelum ini kita telah membayar dua cukai serentak dalam Cukai
Jualan dan Perkhidmatan (Sales and Service Tax –SST) bagi setiap barangan dan
perkhidmatan yang kita beli iaitu Cukai Jualan kita di kenakan cukai sebanyak 10% dan Cukai Perkhidmatan pula 6% menjadikan setiap barangan yang kita beli
dikenakan cukai 16%. Cukai-cukai ini kadangkala tidak disedari oleh kita kerana
tiada dalam bil atau resit pembelian kita. Kedua-dua
cukai ini akan dihapuskan sama sekali dan digantikan dengan cukai GST
berkuatkuasa pada 1 April 2015. Selepas tarikh itu kita hanya dikenakan cukai
GST 6% sahaja. Adakah 16% lebih murah berbanding 6% yang di kenakan kini?
Untuk apa
GST diperkenalkan?
GST
diperkenalkan bagi memperbaiki dan menyusun semula sistem percukaian negara supaya ianya lebih berkesan, saksama, efisien dan telus. Kerajaan bukan buta dan tidak tahu menilai apa yang terbaik untuk rakyatnya. Menerusi kajian hampir 10 tahun yang di jalankan oleh kerajaan sebelum ini, kerajaan mendapati Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) mempunyai banyak kelemahan yang dapat di tampung oleh sistem percukaian GST iaitu;
- Bagi
mengelak cukai terselindung yang menjadi kos kepada harga akhir yang sebenarnya
melampau akibat pengambilan untung berlebihan oleh para pemborong, peruncit dan
peniaga.
- Bagi
mengelak cukai bertindih yang sebenarnya membebankan para pengguna yang
dikenakan cukai sebanyak dua kali manakala bagi GST ianya di kenakan hanya sekali iaitu sebanyak 6%.
- Bagi
mengelak caj perkhidmatan yang disembunyikan yang mana ia tidak diisytiharkan
oleh para peniaga atau penjual barangan di dalam resit dan bil-bil kita bagi
meningkatkan margin keuntungan mereka.
- Bagi
mengelak perbuatan segelintir golongan pengilang, pemborong, peruncit dan
peniaga yang cuba mengelak dari membayar cukai dengan tidak isytihar sumber, aliran
dan jumlah pendapatan mereka.
- Bagi
mengelak perbuatan khianat ekonomi yang dilakukan oleh segelintir golongan
peruncit dan peniaga yang sengaja menyorok barangan, mengurangkan sukatan,
memonopoli barang dan memanipulasi harga.
.jpg)

Pesanan penulis adalah mudah, kaji dahulu kebaikan GST bukan menerima bulat-bulat tohmahan yang di lemparkan oleh pembangkang dan ejen-ejennya samada dari pengikut pembangkang sendiri mahupun pro kerajaan yang malas mahu mengkaji tetapi berlagak seperti pembela masyarakat. Untuk artikel seterusnya penulis akan memberikan beberpa senarai harga yang di kenakan GST dan masih ada barangan yang langsung tidak di kenakan GST untuk perkongsian
JSJM
0 comments:
Post a Comment