My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 9 May 2015

    TEORI KONSPIRASI "MENGGULINGKAN" PERDANA MENTERI?

    Dalam banyak portal berita yang sedang berlegar di alam maya kini, seolah-olah terdapat perjanjian sulit antara Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Perdana Menteri bagi jawatan Perdana Menteri Malaysia. Terlalu banyak desas desus yang bermain kini yang sehigga hari ini tiada jawapan solid dapat menghuraikan soalan ini. Benarkah terdapat perjanjian lisan mempertaruhkan jawatan Perdana Menteri.

    Penulis menerima email dari seorang kenalan yang boleh di percayai. Di khabarkan pilihanraya kecil di 2 Parlimen, Permatang Pauh dan Rompin adalah penentu nasib Perdana Menteri. Di khabarkan, sebarang keputusan di Rompin di mana jumlah majoritinya menurun di bawah 10,000 undi dan Barisan Nasional tewas sekali lagi di Permatang Pauh maka Perdana Menteri wajar meletak jawatan. Alasannya, usaha Perdana Menteri membawa transformasi menerusi beberapa inisiatif yang di lakukan kini di tolak rakyat di mana jawapan kepada semua ini di terjemahkan menerusi jumlah undi yang di terima. Di katakan, cabaran ini di lontarkan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin.

    Penulis tidak pasti kebenaran berita yang di terima ini samada sahih mahupun tidak. Tetapi menerusi tindak tanduk Khairy sejak pengumuman keputusan pilihanraya yang lepas, jelas menunjukkan teori ini ada asasnya. Lambungan Pemuda keatas Perdana Menteri sewaktu kononnya menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri seolah-olah satu retorik. Jelas kini di dalam UMNO sendiri terlalu banyak pengkhianat di bela sehingga boleh menembusi kabinet yang ada kini. Penulis mengharapkan teori dan perjanjian ini tidak wujud sama sekali. Akan tetapi jika ianya wujud, penulis mengecam sepenuhnya tindakan biadab anggota "macai" bawahan yang jelas tidak menghormati ketua dan Ketua Negara yang tempat mereka juga berpayung.

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: TEORI KONSPIRASI "MENGGULINGKAN" PERDANA MENTERI? Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top